JAKARTA: Sebuah pesawat yang membawa 468 orang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu (15 Mei) akibat kebakaran enjin, kata syarikat penerbangan Garuda Indonesia, dalam insiden terbaharu dalam rekod keselamatan penerbangan rantau ini.
Syarikat penerbangan Indonesia itu berkata, pesawat Boeing 747-400 penerbangan Garuda-1105 ke Madinah itu kembali ke lapangan terbang asalnya di bandar Makassar Indonesia pada 5.15 petang.
Tiada sebarang kecederaan penumpang dilaporkan.
"Keputusan itu dibuat oleh juruterbang sejurus selepas berlepas, memandangkan masalah enjin yang memerlukan pemeriksaan lanjut selepas percikan api diperhatikan dalam salah sebuah enjin," kata Presiden Pengarah Garuda, Irfan Setiaputra dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Pesawat berkenaan membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal dalam penerbangan itu termasuk jemaah haji, kata Irfan.
Susulan itu, kesemua penumpang dipindahkan ke sebuah penginapan sebelum menaiki penerbangan gantian pada Rabu ke Arab Saudi, jelas beliau.
Rakaman yang disiarkan di media sosial, yang belum disahkan oleh AFP, dikatakan menunjukkan enjin pesawat itu terbakar ketika ia berlepas.
Pesawat berkenaan kini sedang disiasat pihak berwajib. - Agensi
Agensi
Thu May 16 2024

Imej enjin pesawat Garuda Indonesia yang terbakar dikongsi di media sosial sejurus berlepas dari bandar Makassar Indonesia. - Gambar media sosial

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
![[SEMAK FAKTA]: Palsu! Dakwaan nahas pesawat Garuda Indonesia di Iran tular di media sosial [SEMAK FAKTA]: Palsu! Dakwaan nahas pesawat Garuda Indonesia di Iran tular di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643098439_TBWEBSCREENSEMAKF.jpg)
[SEMAK FAKTA]: Palsu! Dakwaan nahas pesawat Garuda Indonesia di Iran tular di media sosial
Satu video menunjukkan kapal terbang yang terhempas ketika mendarat dan para penumpang dipindahkan dari pesawat, telah ditonton ratusan ribu dengan dakwaan bahawa ia menunjukkan nahas sebuah pesawat.

Cuaca buruk: Dua pesawat Indonesia gagal mendarat di Pontianak
Dua buah pesawat komersial Garuda Indonesia dan Lion Air yang dalam perjalanan Jakarta ke Pontianak gagal melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio ekoran cuaca buruk.

Selepas temu bual kerusi kosong, pesawat pakai 'mask' pula curi tumpuan di Indonesia
Topeng muka yang lengkap bertali itu dicat sehingga bahagian tingkap penumpang pesawat, selain menunjukkan seolah-olah talinya ditiup angin.

Kekecohan penonton Malaysia dan Indonesia, FAM tunggu arahan FIFA
FAM tidak membuat sebarang tindakan buat masa ini memandangkan pegawai FIFA turut berada di stadium dan melihat insiden yang berlaku pada hari perlawanan tersebut.

Lion Air ikut jejak Garuda, 'larang' penumpang bergambar dalam kabin pesawat
Garuda Indonesia mengeluarkan larangan bagi membuat sebarang rakaman sewaktu di dalam kabin, dan Lion Air ikut jejak langkah tersebut.

'Pelanggan hilang keyakinan' - Garuda batal tempahan pesawat Boeing 737 Max 8
Garuda Indonesia mahu batal pesanan pesawat Boeing 737 Max kerana pelanggan sudah hilang keyakinan dengan tahap keselamatan pesawat itu.

Jasad dua mangsa gempa bumi Lombok tiba di KLIA
Dua mangsa yang terkorban, Datin Tai Siew Kim dan Lim Sai Wah, dibawa pulang menggunakan pesawat Garuda Indonesia GA816 diiringi ahli keluarga.

Tunang 'ghaib' bersama serpihan pesawat Lion Air, wanita teruskan perkahwinan
Seorang wanita Indonesia yang telah kehilangan tunangnya bulan lepas dalam nahas pesawat Lion Air JT-610 tetap meneruskannya 'perkahwinannya' bersendirian demi memenuhi hasrat terakhir pasangannya.

Garuda Indonesia buka laluan baharu P.Pinang-Medan-Jeddah
Syarikat Penerbangan Garuda Indonesia merancang untuk menambah laluan baru dari Pulau Pinang-Medan-Jeddah mulai bulan depan menggunakan pesawat baru syarikat, Boeing 777 300 E-R.