LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak mengesahkan beliau akan berundur dari jawatan sebagai ketua Parti Konservatif selepas kekalahan kepada Parti Buruh pimpinan Sir Keir Starmer dalam pilihan raya.
Dalam ucapan terakhirnya di 10 Downing Street, Sunak berkata adalah penting untuk membina semula parti itu bagi membolehkan mereka menjadi pembangkang yang berkesan.
Sunak turut meluahkan penghormatan terhadap Starmer yang akan mengambil alih peranan sebagai Perdana Menteri tidak lama lagi, dan menganggap beliau sebagai individu yang prihatin akan nasib rakyat.
"Saya telah memberikan segala-galanya, tetapi anda telah menghantar isyarat jelas bahawa kerajaan United Kingdom mesti berubah. Dan keputusan anda adalah satu-satunya pertimbangan yang penting.
"Saya telah mendengar kemarahan anda, kekecewaan anda dan saya bertanggungjawab atas kekalahan ini. Kepada semua calon dan pejuang parti Konservatif yang bekerja tanpa jemu dan tidak berjaya. Saya minta maaf kerana kami tidak dapat mencapai apa yang dihasratkan.
"Saya rasa sedih memikirkan betapa ramai rakan sekerja yang banyak menyumbang kepada komuniti mereka dan negara kita kini tidak lagi duduk di Dewan Rakyat. Kerja keras mereka dan khidmat mereka, saya ucapkan terima kasih.
"Berikutan keputusan ini, saya akan berundur sebagai ketua parti, bukan serta-merta, tetapi sebaik sahaja pengaturan rasmi untuk memilih pengganti saya dibuat. Adalah penting bahawa selepas 14 tahun dalam kerajaan, Parti Konservatif membina semula supaya berperanan penting sebagai pembangkang secara profesional dan berkesan," tambahnya.
Dalam pilihan raya semalam, Parti Buruh memenangi majoriti besar di Parlimen dengan 650 kerusi.
Parti Konservatif mengalami prestasi terburuk dalam sejarah susulan krisis kos sara hidup, kegagalan dalam perkhidmatan awam dan beberapa siri skandal.
Agensi
Fri Jul 05 2024

Sunak dan isterinya, Akshata, meninggalkan 10 Downing Street bersama isteri beliau Akshata Murty. - fotoREUTERS

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.

Parti Buruh menang, raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024
Menepati ramalan, parti pembangkang, Parti Buruh Berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain pada Jumaat.

Pilihan raya UK: Keir Starmer bakal dilantik sebagai PM hari ini?
Keir Starmer akan menjadi Perdana Menteri UK yang baharu hari ini selepas Raja Charles III secara rasmi menjemput untuk membentuk kerajaan.

Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK
Tumpuan antarabangsa kali ini kepada pilihan raya umum United Kingdom (UK) yang dijadualkan esok (4 Julai).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Parti Konservatif UK hadapi dakwaan skandal pertaruhan, tambah tekanan kepada Sunak
Nick Mason mengambil cuti sementara disiasat oleh Suruhanjaya Perjudian kerana didakwa meletakkan pertaruhan terhadap waktu pilihan raya.

Khidmat negara wajib untuk remaja 18 tahun di UK, janji Sunak
Remaja berusia 18 tahun akan diwajibkan menjalani khidmat negara sekiranya Parti Konservatif (Tories) memenangi pilihan raya pada 4 Julai ini, kata Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, lapor agensi b

Pilihan raya Britain: "Saya atau Starmer? Pilih yang ada rancangan..." - Rishi Sunak
Rakyat Britain perlu membuat pilihan terbaik demi masa depan generasi akan datang di saat dunia menyaksikan perpecahan masyarakat.

Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.

Keadaan di Gaza semakin tidak boleh diterima, kata PM Britain kepada Netanyahu
UK tuntut Israel segera lakukan siasatan bebas dan menyeluruh susulan kematian tujuh pekerja bantuan di Gaza.