BRUSSELS: Puak kanan tengah Kesatuan Eropah (EU) meraikan kemenangan selepas keputusan sementara untuk pilihan raya Parlimen Eropah meningkatkan peluang Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen untuk penggal kedua, dalam undian yang turut menyaksikan lonjakan pihak sayap kanan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Hari ini adalah hari yang baik untuk EPP," kata von der Leyen ketika ramalan awal diumumkan pada Ahad malam, merujuk kepada kumpulan Parti Rakyat Eropah (EPP) yang berhaluan kanan tengah.
Dalam ucapan menyambut keputusan itu, von der Leyen berkata beliau akan bekerjasama dengan kumpulan politik dari kiri tengah dan liberal yang pada asalnya menyokongnya untuk memenangi pelantikan semula.
EPP memenangi 184 kerusi dalam Parlimen Eropah, menurut keputusan sementara terkini daripada badan perundangan EU, menjadikannya kumpulan terbesar dengan margin yang selesa, diikuti oleh Sosialis dan Demokrat (S&D) kiri tengah dengan 139 kerusi.
Parti-parti liberal, bagaimanapun, jatuh daripada 102 kerusi kepada 80 kerusi manakala parti-parti Hijau juga dijangka kehilangan sejumlah besar kerusi Parlimen Eropah, turun daripada 71 kepada 52.
Kedua-dua kumpulan ini adalah sumber sokongan penting untuk von der Leyen dalam undi pengesahan yang berpotensi di Parlimen Eropah.
Pada hari pengundian terakhir Pilihan Raya Parlimen Eropah semalam, menyaksikan kira-kira 360 juta orang di 27 negara anggota EU yang layak mengundi selama empat hari.
Terdapat 720 kerusi yang dipertandingkan dalam badan perundangan EU, bermakna von der Leyen memerlukan 361 kerusi untuk majoriti.
Gabungan EPP, S&D dan liberal dijangka mempunyai lebih 400 kerusi.
Keputusan awal juga menunjukkan puak sayap kanan membuat kemunculan ketara di Jerman, Perancis dan Itali.
Keputusan terkini dijangka pada pukul 11 pagi (0900 GMT) daripada badan perundangan EU.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

von der Leyen berkata beliau akan bekerjasama dengan kumpulan politik dari kiri tengah dan liberal yang pada asalnya menyokongnya untuk memenangi pelantikan semula. - Gambar/ Reuters
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.

Pilihan raya Eropah: Puak haluan kanan tengah umum kemenangan
von der Leyen berkata beliau akan bekerjasama dengan kumpulan politik dari kiri tengah dan liberal yang pada asalnya menyokongnya untuk memenangi pelantikan semula.