Skip to main content

Dunia

Pilihan Raya Presiden: Biden dijangka umum bertanding semula minggu depan

61682048164_JoeBiden.jpg
61682048164_JoeBiden.jpg
Advertisement
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilaporkan akan mengumumkan keputusan untuk bertanding semula pada minggu depan, lapor Xinhua.

Beberapa media di AS termasuk The Washington Post, The Associated Press dan Bloomberg, melaporkan berita itu pada Khamis.

Bagaimanapun, Rumah Putih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan itu.

Sebelum ini, Biden, 80, telah berulang kali menyuarakan hasratnya untuk bertanding semula, namun pengumuman rasmi mengenainya belum dibuat sehingga kini.

Pilihan raya presiden AS 2024 dijadualkan pada 5 Nov 2024.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement