PARIS: Perdana Menteri Perancis Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
"Saya tahu bahawa berdasarkan keputusan malam ini, ramai orang Perancis merasakan satu bentuk ketidakpastian tentang masa depan, kerana tiada majoriti mutlak terhasil.
"Negara kita sedang mengalami situasi politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan sedang bersedia untuk mengalu-alukan dunia (untuk sukan Olimpik) dalam beberapa minggu.
"Dengan itu, saya sudah tentu akan melakukan tugas saya selagi diperlukan," katanya.
Komen itu dibuat selepas gabungan sayap kiri New Popular Front (NFP) Perancis memenangi kerusi terbanyak dalam pusingan pengundian kedua pilihan raya Parlimen.
Ini sekaligus meletakkan mereka di landasan untuk kemenangan yang tidak dijangka ke atas Parti National Rally (RN) meskipun kekurangan majoriti mutlak di Parlimen.
Keputusan itu akan menandakan kejatuhan paling besar untuk parti paling kanan itu, yang mana tinjauan pendapat sebelum ini mendedahkan mereka akan menang dengan selesa.
Bagaimanapun kerjasama yang terjalin antara pakatan berhaluan kiri dan tengah menarik ramai calon daripada perlumbaan tiga penjuru untuk membina undi bersatu anti-RN.
RN ditetapkan untuk menduduki tempat ketiga, menurut unjuran peninjau berdasarkan keputusan awal, mengekori penyokong Macron.
Pilihan raya itu akan menyebabkan Parlimen terbahagi kepada tiga kumpulan besar dengan platform yang sangat berbeza dan langsung tiada tradisi untuk bekerjasama.
Pengundian itu juga memalukan Macron, yang mengisytigarkan pilihan raya awal selepas tewas dalam pilihan raya Parlimen Eropah bulan lalu.
Astro Awani
Mon Jul 08 2024

Gabriel Attal akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin. - Foto REUTERS
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal
Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal.

Presiden Perancis tolak peletakan jawatan PM 'buat masa ini'
Emmanuel Macron meminta Gabriel Attal untuk terus memegang jawatannya "buat masa ini".

PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin
Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.

Serangan di Moscow: Perancis tingkat tahap amaran tertinggi
Selepas serangan pengganas di dewan konsert berhampiran Moscow, Perancis telah meningkatkan amaran keselamatannya ke tahap tertinggi.

Gabriel Attal dilantik sebagai Perdana Menteri termuda Perancis
Gabriel Attal yang berusia 34 tahun juga muncul sebagai Perdana Menteri pertama yang secara terbuka mengisytiharkan diri sebagai gay.