SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura berharap beliau dapat memberikan butiran lanjut dan mengumumkan keputusan pemerintah berkaitan isu membenarkan jururawat Muslim di republik itu memakai tudung di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ogos ini.
Menerusi kemas kini di laman Facebook, Lee Hsien Loong menulis bahawa beliau pada awal hari semalam telah duduk berbincang secara jujur, terus terang dan penuh bersemangat dengan pemimpin Melayu/Islam Singapura.
Beliau berkata topik perbincangan adalah berkaitan isu tudung terutama pertimbangan kerajaan untuk membenarkan jururawat memakainya.
"Keputusan pemerintah mengenai tudung tidak muktamad. Secara semula jadi, sikap, nilai serta pandangan masyarakat akan berubah dan berkembang dari semasa ke semasa.
"Dalam persekitaran sosial dan pekerjaan, pemakaian tudung kini sudah terbiasa. Oleh itu, munasabah untuk benarkan jururawat Muslim memakai tudung, jika mereka mahu," katanya.
Menurut Lee, pemerintah sudah mempertimbang isu ini agak lama.
"Dalam diam, kami teruskan usaha mendekati dan berbincang dengan para pemimpin Melayu/Islam. Tapi kami masih memerlukan sedikit masa lagi untuk mendekati lebih banyak pihak lain termasuk masyarakat bukan Muslim sebelum kami buat keputusan," katanya.
Beliau berkata pemerintah perlu memastikan semua rakyat Singapura, baik Muslim atau bukan Muslim, bersedia menerima langkah itu.
"Semua orang mesti faham bahawa langkah ini adalah penyesuaian yang dibuat berdasarkan penilaian yang teliti, dan bukan perubahan secara mutlak. Mereka juga harus sedar ada batasnya, supaya kita tidak menggugat keharmonian agama di negara kita.
"Saya meminta para pemimpin masyarakat untuk bantu pemerintah dalam usaha ini," tulis beliau sebelum diakhiri dengan singkatan namanya, LHL.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 10 2021

LEE: Kami masih memerlukan sedikit masa lagi untuk mendekati lebih banyak pihak lain termasuk masyarakat bukan Muslim sebelum kami buat keputusan. - Gambar fail

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

'Kalau kasut harga puluhan ribu letak di kaki, kenapa bila tudung mahal cakap riyak?'
Haliza Maysuri menegaskan syarikatnya masih memegang rekod tudung termahal di dunia dengan harga bernilai RM150,000 untuk sehelai tudung.

Larangan berhijab ditarik balik di selatan India
Negeri Karnataka di selatan India memutuskan untuk membatalkan larangan memakai tudung di dalam premis pendidikan.

14 pelajar kena cukur rambut kerana tak pakai anak tudung
Pengetua sekolah itu mengemukakan permohonan maaf kepada ibu bapa pelajar berkenaan dan mengesahkan guru tersebut sudah digantung tugas.

Protes Iran: Angka korban meningkat, sembilan kematian dicatatkan
Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan maut dalam tunjuk perasaan anti kerajaan di Iran.

Protes Hijab: Ratusan wanita kecam larangan pakai tudung di India
Mereka melaungkan slogan mengecam "penindasan terhadap umat Islam".

Amylea berhijab demi hormati Ramadan, mahu perbaiki diri dahulu
Amylea Azizan akui bertudung sempena menghormati kedatangan Ramadan kali ini.

PM Singapura harap dapat umum keputusan berkaitan isu tudung Ogos ini
Lee Hsien Loong mengakui beliau telah duduk berbincang secara jujur, terus terang dan penuh bersemangat dengan pemimpin Melayu/Islam Singapura.

Pengeluar tudung tempatan perkenal tudung bernilai RM100,000
Tudung itu diperbuat daripada fabrik voile berdiameter 1.14 meter, ditaburi 7,512 kristal Swarovski pelbagai warna dan bentuk.

Hasil kolaborasi negara seberang, Elfira Loy buat jualan tudung sambil beramal bagi mangsa COVID-19
Elfira diberi kepercayaan sebagai duta atau menjalinkan kerjasama dengan produk jenama tudung, Buttonscarves.
.jpg)
RM9,600, Hamizah pemilik tudung termahal di Batu Pahat!
Aduhai! Beribu-ribu sehelai tudung sekarang ya?