BERLIN: Polis Jerman dilaporkan telah merampas empat buah kereta mewah Bugatti Veyron edisi khas di Munich awal minggu ini yang dikaitkan sebagai sebahagian daripada siasatan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Akhbar Jerman Bild melaporkan, empat kereta super yang dikaitkan dengan skandal 1MDB telah dirampas daripada kemudahan simpanan persendirian.
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Empat kenderaan itu ialah Rembrandt edisi Veyron, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantini. Setiap kereta mempunyai harga sekitar AS$3 juta (RM14.3 juta).
"Kereta itu jarang dijual, dan biasanya tidak dijual di lelongan awam. Kereta berkenaan dikesan dan dirampas oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah 7, yang pakar dalam jenayah kolar putih," menurut media Jerman, Bild.
Ia menyatakan, kereta itu diletakkan di tempat letak kereta Motorworld Munich, ketika suatu pertunjukan automotif.
Skandal 1MDB mengheret ramai personaliti ternama terdiri daripada ahli politik dan bank sehinggalah bintang Hollywood.
Skandal berkenaan turut melibatkan siasatan jenayah di beberapa negara.
Polis Munich, bagaimanapun, enggan berkongsi sebarang butiran khusus mengenai kes yang sedang berjalan dengan Bild, yang memetik kebanyakan laporannya daripada sumber badan kehakiman Jerman.
Bild melaporkan bahawa kereta-kereta itu telah disita berhubung dengan siasatan mengenai dana kekayaan negara 1MDB. - Agensi
Agensi
Sun Apr 28 2024

Antara model kereta mewah Bugatti Veyron yang dirampas polis Jerman yang dikaitkan sebagai sebahagian daripada siasatan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman
"Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas."

Polis Cologne Jerman tembak remaja yang mengancam orang ramai dengan pisau
Orang ramai menghubungi nombor kecemasan untuk melaporkan perbuatan remaja itu yang mengejar orang ramai di jalan sambil menghunus pisau.