BANGKOK: Siasatan awal forensik mendapati enam individu yang ditemukan maut di sebuah bilik hotel terkemuka di Ratchaprasong petang semalam melibatkan sianida, sejenis racun kimia, menurut Polis Thailand.
Timbalan Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan, Mejar Jeneral Polis Nopasilp Poonsawat berkata hari ini, bukti forensik mendapati cawan yang diletakkan di bilik terlibat mengandungi sianida.
"Berdasarkan keputusan ujian awal, analisis kualitatif mengenal pasti kehadiran sianida dalam cecair dalam teko teh, serta sisa pada enam cawan kopi.
Dalam siasatan kami setakat ini, kami mengesyaki bahawa seorang daripada enam individu yang ditemukan di bilik tersebut bertanggungjawab atas kematian itu dengan menggunakan sianida," katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.
Beliau berkata polis akan mengumpulkan semua bukti, termasuk bekerjasama dengan pegawai Vietnam dan Amerika Syarikat (AS) , serta Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk memastikan siasatan yang menyeluruh dan telus.
Nopasilp berkata siasatan mengesahkan ini adalah masalah peribadi antara individu yang terlibat dan tidak berkaitan dengan mana-mana kumpulan atau organisasi jenayah yang beroperasi di Thailand.
"Pemeriksaan ke atas kesemua lapan beg perjalanan milik si mati tidak mendedahkan sebarang barangan haram. Walau bagaimanapun, kami menemui dokumen sah berkaitan tuntutan mahkamah mengenai tanah dari tahun 2022. Dokumen ini akan diterjemahkan oleh jurubahasa, tetapi tiada kaitan langsung dengan insiden semasa pada masa ini," katanya.
Namun begitu, beliau berkata polis telah mengarahkan Biro Imigresen untuk bekerjasama dengan Kedutaan Vietnam bagi menyiasat latar belakang semua mangsa.
Enam mayat yang dilaporkan terdiri daripada dua warga AS keturunan Vietnam dan empat rakyat Vietnam ditemukan di sebuah bilik hotel sekitar pukul 4.30 petang Selasa.
Semalam, siasatan polis mendapati bahawa keenam-enam mereka telah meninggal dunia dalam tempoh kurang daripada 24 jam akibat keracunan kerana tiada tanda-tanda trauma atau rompakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024

Bukti forensik mendapati cawan yang diletakkan di bilik terlibat mengandungi sianida. - Reuters
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Enam mangsa maut ada pertalian keluarga - Polis
Dalam kejadian itu, kesemua mangsa berusia antara enam bulan hingga 82 tahun melibatkan tiga wanita dan tiga lelaki.

Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut
Bukti forensik mendapati cawan yang diletakkan di bilik terlibat mengandungi sianida.

Enam maut kereta api langgar van di Jawa Barat Indonesia
Enam maut manakala dua lagi cedera apabila sebuah kereta api merempuh sebuah van di Jombang, Jawa Timur pada Sabtu.

Pasrah hilang anak sulung, bayi dalam kandungan serentak
Bapa kepada kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 153 Jalan Jerangau-Jabor di Cheneh, Kemaman pada Isnin pasrah dengan kehilangan anak sulung dan bayi dalam kandungan.

Gempa 6.6 magnitud gegar Nepal, 6 maut
Keenam-enam mangsa tersebut ditemui meninggal dunia selepas sebuah kediaman runtuh akibat gempa yang berlaku di daerah Doti.

Enam maut dalam insiden tembakan di New Jersey
Suspek melarikan diri dengan sebuah trak dan bersembunyi di dalam sebuah pasar raya sebelum berbalas tembakan dengan pihak berkuasa.

Enam maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Kota Belud
Kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga, Proton Gen2, Perodua Kancil dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux.

Lelaki maut selepas tembak mati 6 orang di AS
Enam terbunuh selepas seorang lelaki menyerang dengan senjata api sebelum dia ditembak mati pasukan SWAT di Hialeah, Selatan Florida.
Penyerang sasar anggota polis di Pakistan
Sekurang-kurangnya enam maut dalam kejadian serangan berani mati di Barat Laut Pakistan.

6 maut dalam ribut salji di AS
Ribut salji dan angin kencang melanda wilayah Timur Laut Amerika Syarikat dan Kanada menyebabkan salji tebal lebih dua meter meliputi kawasan terlibat.