JOHANNESBURG: Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan bagi mengatasi perbezaan antara mereka dan bekerjasama demi kebaikan negara, lapor Agensi Anadolu (AA).
Dalam ucapannya kepada rakyat selepas suruhanjaya pilihan raya mengumumkan keputusan pilihan raya pada Ahad, Ramaphosa berkata:"Rakyat mengharap kesemua parti untuk bekerjasama dalam kerangka perlembagaan dan menangani cabaran dihadapi secara aman menurut perlembagaan dan peraturan undang-undang."
Ramaphosa menggesa semua parti supaya mengiktiraf keputusan pilihan raya yang mencerminkan kehendak rakyat.
"Kita telah mengadakan satu lagi pilihan raya yang berjaya, bebas, adil dan aman," katanya.
Rakyat Afrika Selatan mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka di peringkat nasional dan wilayah yang menyaksikan parti memerintah Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) pimpinan Ramaphosa yang memerintah sejak 1994 gagal mendapat majoriti yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan buat kali pertama.
ANC yang mempunyai 230 ahli parlimen sebelum ini, menyaksikan sokongannya jatuh kepada 159 kerusi daripada 400 ahli Dewan Perwakilan Kebangsaan.
Parti pembangkang utama Perikatan Demokrasi (DA) kini mempunyai 87 kerusi, parti bekas Presiden Jacob Zuma uMkhonto weSizwe yang baru ditubuhkan memperoleh 58 kerusi , Parti Pejuang Kebebasan Ekonomi (EFF) diterajui Julius Malema di tempat keempat selepas memperoleh 39 kerusi.
Parti lain di Dewan Perwakilan Kebangsaan kali ini merangkumi Parti Inkatha Freedom (IFP) yang mendapat 17 kerusi dan Parti Perikatan Patriotik (PA) dengan sembilan kerusi.
ANC masih mempunyai kerusi terbanyak dan perlu bergabung dengan parti lain untuk membentuk sebuah kerajaan campuran kali ini.
Kawalan keselamatan ditingkatkan di beberapa lokasi di seluruh negara yang dikenal pasti sebagai titik panas kepada tunjuk perasaan dan keganasan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024

Rakyat Afrika Selatan mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka yang menyaksikan parti memerintah Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) gagal mendapat majoriti. - Foto Reuters
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan
Errol Musk yang menetap di Afrika Selatan jadi perantara anaknya dan Presiden Cyril Ramaphosa dalam diplomasi tertutup.

Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai Presiden Afrika Selatan
Ahli Parlimen Afrika Selatan pada Jumaat malam memilih semula Cyril Ramaphosa sebagai presiden negara itu untuk penggal kedua semasa sidang pertama badan perundangan, lapor Agensi Anadolu.

Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.

Presiden Afrika Selatan isytihar bencana kebangsaan akibat krisis tenaga
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa mengisytiharkan darurat bencana kebangsaan bagi menangani krisis bekalan elektrik negara itu.

Cyril Ramaphosa presiden baharu Afrika Selatan
Cyril Ramaphosa hari ini telah dipilih sebagai Presiden Afrika Selatan yang baharu selepas bekas presidennya Jacob Zuma meletak jawatan pada Rabu.

Terpalit skandal rasuah, Presiden Afrika Selatan letak jawatan
Beliau yang terpalit dengan pelbagai skandal rasuah membuat kenyataan itu menerusi siaran televisyen ke seluruh negara.

Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mohon maaf seleweng dana untuk kediaman peribadi
Mahkamah Perlembagaan negara itu mengarahkan beliau membayar balik sebahagian wang dana kerajaan yang diselewengnya.