Skip to main content

Dunia

Presiden Indonesia pecat ketua kakitangan ditahan dalam kes pemintasan talian

Listyo Sigit Prabowo dan dua lagi pegawai kanan polis ditahan kerana disyaki mencuri dengar perbualan telefon presiden, menteri Kabinet dan lain-lain. - Gambar fail
Listyo Sigit Prabowo dan dua lagi pegawai kanan polis ditahan kerana disyaki mencuri dengar perbualan telefon presiden, menteri Kabinet dan lain-lain. - Gambar fail
Advertisement

JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto memecat ketua kakitangannya, Listyo Sigit Prabowo, pada Rabu, sehari selepas bekas ketua polis negara itu ditahan dalam siasatan pemintasan talian (wiretapping), kata pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Listyo dan dua lagi pegawai kanan polis ditahan kerana disyaki mencuri dengar perbualan telefon presiden, menteri Kabinet dan lain-lain.

Jurucakap Presiden Prasetyo Hadi memberitahu pemberita dakwaan pemintasan talian itu boleh dianggap sebagai pengkhianatan dan ancaman terhadap keselamatan negara.

Advertisement

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement