Parti Pheu Thai, yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan, kini mendahului dengan memenangi sejumlah 137 daripada 350 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum Thailand pada Ahad, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand.
Parti Palang Pracharat, yang pro-Junta, berada di kedudukan kedua dengan 97 kerusi.
Pengundian yang berlangsung pada Ahad, merupakan pilihan raya pertama selepas kudeta tentera 2014, diadakan bagi memilih 500 wakil rakyat dengan 350 dipilih secara langsung melalui pilihan raya kawasan.
Sejumlah 150 lagi akan dilantik dalam kalangan calon yang disenaraikan parti.
Berdasarkan undi popular, SPR Thailand melaporkan bahawa Parti Palang Pracharat kini mendahului dengan 7.69 juta undi manakala Parti Pheu Thai meraih 7.22 juta undi.
Parti Future Forward, sebuah parti politik progresif baharu yang diterajui jutawan terkenal, Thanathorn Juangroongruangkit, pula meraih 5.31 juta undi.
Sistem pilihan raya baharu Thailand menyaksikan sejumlah 750 anggota parlimen (500 di Dewan Rakyat dan 250 di Dewan Negara atau Senat) bakal memilih perdana menteri seterusnya. Sebelum ini, hanya anggota dewan rakyat mengundi bagi menentukan siapa yang menjadi perdana menteri.
Di bawah perlembagaan baharu, kesemua 250 anggota Senat dilantik oleh puak junta Thailand.
Sementara itu, Ketua Setiausaha SPR Thailand Jarungwit Phumma berkata anggota parlimen dalam kalangan calon yang disenaraikan parti hanya akan diumum selepas semua aduan berkaitan penyelewengan dalam pilihan raya umum telah disiasat dan dibersihkan.
Berdasarkan statistik, sejumlah 35.4 juta daripada 51.2 juta pengundi yang layak telah mengundi. Keputusan rasmi akan diumum selewat-lewatnya pada 9 Mei.
Bernama
Mon Mar 25 2019

Penyokong parti Pheu Thai ketika meraikan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan SPR Thailand. - Foto Reuters
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

PRU Thailand: Pheu Thai dahului kedudukan dalam Parlimen, raih 137 kerusi
Parti Palang Pracharat, yang pro-Junta, berada di kedudukan kedua dengan 97 kerusi.