LONDON: Puteri Anne, adik kepada Raja Britain Raja Charles III, kini berada di hospital selepas mengalami kecederaan ringan di kepala dan konkusi dipercayai ditendang seekor kuda di estet Gatcombe Park miliknya di England, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Puteri Anne, seorang penunggang kuda yang memenangi pingat Olimpik, sedang berjalan di estet berkenaan pada petang Ahad ketika kejadian itu berlaku.
Perkhidmatan kecemasan telah dihantar ke estet itu dan selepas menerima rawatan perubatan di lokasi, puteri itu dipindahkan ke Hospital Southmead di Bristol untuk menjalani ujian, rawatan dan pemerhatian yang sewajarnya.
Istana Buckingham dalam satu kenyataan berkata: "Puteri Anne mengalami kecederaan ringan dan konkusi selepas insiden di estet Gatcombe Park petang semalam.
"Yang Amat Mulia masih berada di Hospital Southmead, Bristol, sebagai langkah berjaga-jaga untuk pemerhatian dan dijangka pulih sepenuhnya dengan cepat.
Raja telah dimaklumkan dengan rapi dan bersama seluruh keluarga diraja menzahirkan kasih sayang mereka dan ucap selamat kepada puteri untuk pemulihan yang cepat.
Punca sebenar kecederaan belum disahkan, tetapi pasukan perubatan Puteri Anne berkata kecederaan di kepala baginda adalah konsisten dengan kesan daripada kepala atau kaki kuda.
Difahamkan puteri berusia 73 tahun itu sedang berjalan dalam kawasan yang dilindungi di estet Gatcombe Park apabila insiden itu berlaku.
Suami Puteri Anne, Laksamana Madya Tim Laurence, yang berada di estet pada masa itu, menemani baginda ke hospital.
Jurucakap Istana Buckingham berkata: "Puteri Anne sedang pulih dengan baik, berada dalam keadaan selesa dan ditempatkan di hospital sebagai langkah berjaga-jaga untuk pemerhatian lanjut."
Jurucakap itu menambah: "Puteri Anne menerima rawatan pakar yang sewajarnya. Tiada butiran lanjut akan dikongsi pada peringkat ini.
"Yang Amat Mulia akan kekal di Hospital Southmead melainkan atau sehingga pasukan perubatan baginda menasihati sebaliknya."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Puteri Anne, seorang penunggang kuda yang memenangi pingat Olimpik, sedang berjalan di estet berkenaan pada petang Ahad ketika kejadian itu berlaku. - Gambar Reuters

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Puteri Anne UK alami kecederaan ringan selepas ditendang kuda
Puteri Anne, adik kepada Raja Britain Raja Charles III, kini berada di hospital selepas mengalami kecederaan ringan di kepala dan konkusi dipercayai ditendang seekor kuda di estet Gatcombe Park.

Kecilkan keluarga diraja "bukan idea yang baik", kata Puteri Anne
Apa yang penting ialah untuk memastikan bahawa setiap anggota keluarga diraja mempunyai peranan dan tugas yang jelas.

Puteri Anne puji usaha pemimpin Sarawak lindungi alam sekitar
Sarawak telah menggariskan contoh yang amat baik, titah baginda dalam ucapan pada majlis makan malam bersempena meraikan perwakilan Emerging Leaders Dialogue Asia 2016 yang diadakan di sini.