WUHAN: Tujuh maut manakala ratusan lagi cedera apabila dua angin puting beliung melanda dua bandar besar di China pada Jumaat.
Puting beliung yang membawa angin kencang itu turut memusnahkan kediaman dan harta benda, menurut agensi berita Xinhua pada Sabtu.
Enam mangsa dilaporkan terkorban di Wuhan, di wilayah Hubei, dengan 218 lagi cedera apabila puting beliung melanda daerah Caidian pada jam 8.39 malam.
Puting beliung turut meranapkan 27 rumah dan merosakkan 130 yang lain.
Turut rosak dua kren di atas bangunan dan khemah di tapak pembinaan.
Satu lagi puting beliung telah melanda bandar Shengze di wilayah Jiangsu dan meragut satu nyawa. Dilaporkan 21 mangsa cedera dalam kejadian.
Jurucakap bomba berkata angin kencang telah merosakkan kemudahan elektrik dan memusnahkan beberapa bangunan kilang.
Astro Awani
Sat May 15 2021

Pasukan penyelamat melakukan carian di sebuah bangunan yang ranap selepas dilanda puting beliung di Wuhan. -AP

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan
Ribut di daerah itu mengakibatkan enam buah rumah penduduk rosak.

Angka kematian akibat taufan, puting beliung di AS cecah 18 orang
Bilangan yang terkorban akibat taufan dan puting beliung di empat negeri Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 18 orang termasuk kanak-kanak, lapor Sputnik memetik laporan CNN pada Isnin.

Kejadian pusaran angin seperti puting beliung landa Lahad Datu
Rakaman video diambil orang awam berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.

ASEAN alami 27 bencana sepanjang minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 27 bencana sepanjang minggu lepas yang memberi kesan kepada Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam, menurut laporan mingguan terkini Pusat AHA.

11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung di Arau
Sebanyak 11 rumah rosak teruk dan tidak selamat untuk didiami selepas dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji pada petang Ahad.

Bumbung 7 blok SMK Munshi Abdullah rosak teruk dilanda ribut
Kesemua tujuh blok bangunan kelas dan pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, di sini rosak teruk selepas dibadai ribut, petang tadi.

Puting beliung musnahkan gudang utama Pfizer
Syarikat farmaseutikal Pfizer mengesahkan bahawa kompleks tersebut telah rosak akibat puting beliung yang berlaku dekat Rocky Mount.

Trump batalkan perhimpunan di Iowa susulan amaran puting beliung
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah membatalkan perhimpunannya yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini di Iowa berikutan amaran puting beliung, lapor Sputnik.

Ribut ganas melanda Florida mengakibatkan kerosakan teruk
Jabatan Polis Palm Beach Gardens mengesahkan tiada kecederaan yang serius atau kematian dilaporkan akibat bencana alam itu.

Angka kematian akibat ribut ganas di AS semakin meningkat
Angka kematian bencana puting beliung di barat tengah AS meningkat kepada 32 individu melibatkan 11 negeri.