Dalam sidang akhbar bersama selepas pertemuan dua hala itu, Masoud memaklumkan, kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
Tambah Al Thani, kedua-dua pemimpin bersetuju cara terbaik untuk menyelesaikan konflik di rantau ini adalah melalui dialog konstruktif.
Sebelum ini, Qatar, bersama Amerika Syarikat dan Mesir telah menjadi perantara dalam perjanjian antara Israel dan Hamas yang menghentikan perang selama 15 bulan di wilayah Palestin.
Sementara itu, Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai peringkat kedua perjanjian gencatan senjata Gaza, manakala Hamas memberitahu, pihaknya akan menyerahkan lebih ramai tebusan, minggu ini. - Agensi
