LONDON: Raja Charles III secara rasmi ditabalkan sebagai pemerintah ke-40 Britain di Westminster Abbey dalam istiadat pertabalan disempurnakan oleh Uskup Agung Canterbury Justin Welby.
Baginda menaiki takhta menjadi Raja selepas kemangkatan bondanya, Ratu Elizabeth II, pada 8 September 2022.
Meskipun bergelar seorang raja, baginda tetap seorang manusia biasa yang mempunyai tabiat dan hobi yang tidak diketahui orang ramai.
Memetik portal gaya hidup, The Cut, baginda memiliki beberapa makanan, hobi serta tabiat kegemaran tersendiri, jom kita semak!
1) Penggemar menu telur
Raja Charles III menggemari menu telur dan ia lebih jelas menjelang hari pertabalan. Tidak hairan apabila hidangan Quiche dipilih sebagai hidangan istimewanya. Quiche adalah makanan yang berasal dari Perancis. Makanan ini diperbuat daripada tepung gandum bersama bayam, ikan salmon, ayam, daging salai yang disalut dengan keju.
Menurut seorang chef yang mendakwa telah membakar quiche untuknya, Charles sangat menggemari menu telur dan keju. Malah ada laporan memberitahu Charles menikmati tujuh biji telur setiap pagi ketika sarapan.
2) Penggemar sayur segar dari ladang
Raja Charles III juga sangat menyukai sayuran segar dipetik terus dari ladang seperti bayam, tarragon dan kacang panjang. Charles malah dilaporkan membawa hasil tanaman bersamanya ketika melakukan lawatan diraja.
3) Penonton setia drama
Tidak ramai yang tahu, Raja Charles III gemar menonton drama. Dia juga menunjukkan sokongan dengan laungan mengejut kepada drama Emmerdale di Anugerah Televisyen Kebangsaan Oktober lalu. Charles berkata dia telah menonton rancangan itu sejak zaman Emmerdale Farm pada tahun 1989. Menurut Euronews, dia juga menonton Poldark, sebuah drama bersejarah dan The Night Manager yang menampilkan Tom Hiddleston.
4) Tulisan tangan yang unik
Raja Charles III mempunyai tulisan tangan yang sangat tersendiri. Beberapa suratnya dalam edaran menunjukkan tulisan tangannya dan dirujuk sebagai 'memo labah-labah hitam'. Nama panggilan itu diberikan kerana tulisan Charles memiliki 'signatur' khas yang bergaya kursif nipis, halus dan rapat.
5) Sentiasa bawa tempat duduk tandas kulit khas
Menurut penulis biografi Christopher Andersen, Raja Charles III tidak pernah melawat keluar tanpa tempat duduk tandas material kulit khas. Sebuah lagi tabiat Charles turut didedahkan oleh Pakar Diraja Tina Brown yang berkata dia turut membawa dua lukisan landskap Scotland dan katil ortopedik.
6) Dengar muzik dengan lembu
Raja Charles III sering mendengar muzik dengan lembunya. Menurutnya, muzik boleh menjadikan proses memerah susu lembu lebih menyeronokkan. Malah dia pernah meminta penyanyi Katy Perry menyanyi untuk tanamannya, sesuai dengan tabiatnya yang membisikkan perkara manis yang dipercayai dapat mempercepatkan tumbesaran tumbuhan.
7) Memiliki nama penuh yang panjang
Raja Charles III memiliki nama penuh yang lebih panjang iaitu Charles Philip Arthur George Mountbatten Windsor.
Faida Rahim
Sun May 07 2023

Memetik The Cut, baginda memiliki beberapa makanan, hobi serta tabiat kegemaran tersendiri, jom kita semak!- AP Photo/Frank Augstein
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

St. James's Park dipilih sebagai tapak memorial Ratu Elizabeth II
Sebuah memorial rasmi bagi memperingati mendiang Ratu Elizabeth II akan ditempatkan di St. James's Park, London.

Raja Charles III miliki tabiat pelik? Ini info menarik tentang Raja Britain baharu
Meskipun bergelar seorang raja, baginda tetap seorang manusia biasa yang mempunyai tabiat dan hobi yang tidak diketahui orang ramai.

Raja Charles III sukar menandingi kegemilangan pemerintahan mendiang ibu
Pengaruh Raja Britain baharu iaitu Raja Charles III dilihat sukar menandingi era kegemilangan pemerintahan mendiang ibunya, Ratu Elizabeth II.

Rakyat Britain di Malaysia raikan pertabalan bersejarah Raja Charles III
Majlis tontonan istiadat pertabalan itu dihadiri 80 tetamu termasuk 20 ketua perwakilan diplomatik di Malaysia.

Raja Charles III kini ditabal sebagai Raja Britain
Istiadat kemahkotaan Raja Britain Raja Charles III telah berlangsung Westminster Abbey London pada Sabtu.

Istiadat Pertabalan Raja Charles III: Polis London tahan beberapa individu mencurigakan
Polis Metropolitan London memaklumkan terdapat penangkapan beberapa para penentang kerajaan anti-monarki di kota itu pada pagi ini.

Camilla Shand: Apa yang perlu anda tahu mengenai bakal Permaisuri Britain?
Dengan pertabalan Raja Charles III menaiki takhta, Camilla bakal menjadi Permaisuri Britain yang baharu sekali gus mengambil peranan baharu di sisi Raja Charles III.

Pertabalan Raja Charles III: Kenali latar belakang bekas Putera Wales
Raja Charles III atau nama sebenarnya Charles Philip Arthur George merupakan putera sulung kepada Ratu Elizabeth II dilahirkan pada 14 November 1948 di Buckingham Palace, London, England.

Istiadat pertabalan: Raja Charles III ambil jalan lebih dekat
Ini berbeza daripada jalan perarakan yang pernah diambil bondanya Ratu Elizabeth II pada tahun 1953.

Raja Charles tiba di Jerman, negara pertama dilawati
Raja Charles memilih untuk melawat Jerman, negara pertama dikunjunginya selepas menaiki takhta tahun lepas.