RIYADH: Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud akan mengetuai perwakilan Arab Saudi dan mengambil bahagian secara maya dalam perhimpunan dua hari Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Rom, memenuhi jemputan Perdana Menteri Itali, Mario Draghi.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), Arab Saudi menzahirkan penghargaannya atas usaha yang dilakukan Itali untuk memastikan tugas Presiden G20 berjaya tahun ini menerusi tindakan bersama dan menegaskan kesungguhannya untuk meneruskan usaha bagi menjayakan sidang kemuncak itu, umum Istana Diraja dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sidang kemuncak yang bakal berlangsung itu dipengerusikan Itali dengan tema "Manusia, Planet, Kemakmuran" ("People, Planet, Prosperity") dan akan memfokuskan kepada Pemulihan daripada Pandemik COVID-19 dan Pengukuhan Tadbir Urus Kesihatan Global, Pemulihan dan Ketahanan Ekonomi, Perubahan Iklim dan Peralihan Tenaga, dan Pembangunan Lestari dan Keselamatan Makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021

tugas Presiden G20 berjaya tahun ini menerusi tindakan bersama dan menegaskan kesungguhannya untuk meneruskan usaha bagi menjayakan sidang kemuncak itu, umum Istana Diraja dalam satu kenyataan pada Ahad. - Gambar fail

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.

Mohammed Salman diumum sebagai Perdana Menteri Arab Saudi
Ia merupakan sebahagian daripada rombakan kabinet, yang telah diperkenan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada Selasa.

Raja Salman akan ketuai Perwakilan Arab Saudi ke Sidang Kemuncak Pemimpin G20
Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud akan mengetuai perwakilan Arab Saudi dan mengambil bahagian secara maya dalam perhimpunan dua hari Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Rom.

PM tiba di Riyadh, disambut Putera Mahkota Arab Saudi
Sambutan secara peribadi oleh Putera Mahkota di lapangan terbang bukan sesuatu yang lazim.

Malaysia, Arab Saudi jalin kerjasama hadapi cabaran pendidikan abad ke 21
Malaysia bakal menerima guru-guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dari Arab Saudi sebagai sebahagian usaha membantu melatih guru-guru dari negara itu.

Raja Salman taja 20 jemaah Malaysia tunai haji
Antara tujuan utama program tersebut ialah menghimpunkan jemaah dari seluruh dunia untuk saling bertukar pandangan tentang Islam dan mengeratkan silaturahim sesama umat Islam.

Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Arab Saudi
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Arab Saudi sempena lawatan khas ke negara itu bermula hari ini hingga 14 Julai.

Mindef tubuh jawatankuasa khas selaras penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman
Kementerian Pertahanan (Mindef) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas berperanan membentuk terma-terma rujukan berkaitan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP).

Ada pihak akan persoal pelaburan Arab Saudi di Malaysia - PM Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan ada pihak yang akan mempersoalkan pelaburan besar Arab Saudi di Malaysia sebagaimana yang dibuat China.

Raja Arab Saudi beri respons positif hasrat Malaysia tambah kuota haji
Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud memberi maklum balas positif berhubung permintaan Malaysia untuk menambah kuota jemaah haji tahun ini, ujar Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.