SEKITAR dua minggu lalu tular dalam media sosial mendakwa Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida memanggil para ulama Islam negara itu bagi membacakan doa untuk menolak bala virus COVID-19.
Perkara itu ditularkan sehingga ke hari ini menerusi satu klip video berdurasi kira-kira 1 minit 29 saat yang dimuat naik di beberapa aplikasi media sosial seperti di Instagram, Facebook, Twitter dan YouTube.
Dakwaan itu bagaimanapun tidak benar.
Video itu sebenarnya menunjukkan Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida berkenan memberi izin serta mempengerusikan pertandingan membaca al-Quran tahunan pada tahun 2020.
Klip video berkenaan dimuat naik pada 24 Disember 2020 dan mendapat lebih 1.1 juta tontonan.
Berdasarkan pemerhatian, klip video tular itu mempunyai teks yang memaparkan ayat 'Raja Thailand panggil ulama Islam baca doa tolak bala COVID-10' dengan keterangan klip video iaitu 'Allahuakbar.... Semoga Islam terus bersinar di bumi Thailand... Aaminn.'
Hasil pencarian klip video dan kata kunci di enjin carian Google mendapati rakaman itu merupakan sebahagian daripada video berdurasi dua jam yang disiarkan secara langsung menerusi rangkaian televisyen ThaiTV2 menerusi saluran YouTube pada 18 Disember tahun lalu.
Untuk rekod, Thailand mencatatkan kes jangkitan COVID-19 terendah sejak jangkitan pertama dilaporkan pada 13 Januari 2020.
Bagaimanapun, jumlah kes menunjukkan peningkatan pada 21 Disember 2020 selepas wabak itu merebak di Pasar Udang, Wilayah Samut Sakhon.
Berdasarkan data John Hopkins University, sehingga hari ini, Thailand mencatatkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 22,644 kes.
Daripada jumlah itu, sebanyak 79 kematian direkodkan.
Saluran YouTube rasmi media kerajaan, Perkhidmatan Penyiaran Nasional Thailand (NBT), turut memuat naik rakaman klip video sama bertarikh 18 Disember 2020 bertajuk 'Siaran langsung: Lawatan Yang Mulia Raja dan Ratu ke wilayah Pattani'.
Selain itu, akhbar Thailand berbahasa Inggeris, The Nation turut menerbitkan laporan pada 19 Disember 2020 mengenai program itu dengan tajuk 'Para Yang Mulia mempengerusikan pertandingan al-Quran'.
Fauzi Suhaimi
Sat Feb 06 2021
Tangkap layar rakaman klip video yang mendakwa Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida memanggil ulama Islam bagi menbacakan doa menolak bala COVID-19 tidak benar sama sekali. - Foto fail
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
Indonesia rancang tetapkan had umur minimum penggunaan media sosial
Indonesia merancang keluarkan peraturan bagi menetapkan umur minimum untuk pengguna media sosial dalam usaha melindungi kanak-kanak.
Lori terbakar bergerak sendiri disyaki akibat masalah enjin
Pemandu mengesan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun gagal apabila api semakin marak.
Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.
DBKL perlu ambil tindakan tegas penganjuran Havoc Food Festival - Nik Nazmi
DBKL diharap dapat mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.
Satu kes Mpox dikesan dalam negara
Satu kes baharu jangkitan Mpox dikesan dalam negara menjadikan kes keseluruhan kini 12 kes sejak kali terakhir dilaporkan pada Julai 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Januari 2025.
Pengesahan identiti pengguna media sosial wajar dilaksanakan - Penganalisis
Langkah keselamatan melalui pengesahan identiti pengguna yang membuka akaun media sosial merupakan langkah yang wajar untuk dilaksanakan.
Pelesenan penyedia platform media sosial, pencapaian penting peraturan dalam talian negara - MCMC
Keperluan pelesenan itu disifatkan sebagai pencapaian besar dalam meningkatkan keselamatan dalam talian dan pendekatan pengawalan.
Tekanan semakin dirasai Jun Hao menjelang debut Terbuka Malaysia
Ketiadaan pemain profesional negara Lee Zii Jia membuatkan tumpuan kini beralih kepada Leong Jun Hao untuk menggalas harapan tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki pada Terbuka Malaysia 2025.