Skip to main content

Dunia

Rakyat Malaysia ditahan cuba seludup rokok ke Singapura

71373036495_295x200.jpg
71373036495_295x200.jpg
Advertisement
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menahan seorang rakyat Malaysia dan merampas 100 karton rokok seludup dari sebuah kereta sport yang didaftarkan di Malaysia, awal hari ini.

Dalam satu kenyataan, ICA berkata suspek berusia 26 tahun itu berhenti untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, pada kira-kira 5.30 pagi.

Setelah pemeriksaan, pegawai ICA merampas rokok seludup yang disembunyikan di bahagian kotak pembesar suara, kereta berkenaan.

Suspek dan barangan rampasan itu diserahkan kepada Kastam Singapura Kastam untuk siasatan lanjut.

Topic Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement