JAKARTA: Rakyat Myanmar terus berdepan situasi kemanusiaan yang meruncing didorong oleh konflik bersenjata dan bencana alam yang semakin meningkat, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Oganisasi itu dalam laporan mingguan Asia dan Pasifik menarik perhatian terhadap peningkatan kekacauan di tenggara, serta pertempuran sekali sekala di utara Shan dan pertempuran sengit di barat laut negara itu.
Antara 15 dan 20 Julai, lebih 6,000 orang dari timur Bago, Tanintharyi dan utara Shan telah dipindahkan akibat konflik, situasi yang diburukkan lagi oleh cuaca buruk yang bermula pada 18 Julai, kata laporan itu.
Hujan lebat, banjir dan ribut di utara Shan serta beberapa negeri di tenggara telah memburukkan lagi penderitaan penduduk terjejas.
Kira-kira 400 orang, termasuk penduduk yang dipindahkan dari perbandaran berbeza di Kayin, Mon dan Tanintharyi telah ditempatkan di tempat perlindungan sementara kerana cuaca buruk, manakala empat kanak-kanak dilaporkan maut akibat banjir.
Di Rakhine, bantuan terus diperlukan terutama membabitkan komuniti yang terjejas akibat Siklon Mocha kerana musim hujan berterusan, selain ancaman penyakit bawaan air dan nyamuk.
Setakat 17 Julai, hampir 1.9 juta orang hilang tempat tinggal di seluruh negara, dengan 1.6 juta melarikan diri sejak rampasan kuasa tentera pada 1 Februari 2021 yang menamatkan pemerintahan awam di Myanmar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023

Di Rakhine, bantuan terus diperlukan terutama membabitkan komuniti yang terjejas akibat Siklon Mocha kerana musim hujan berterusan, selain ancaman penyakit bawaan air dan nyamuk. - Gambar fail/AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pasaran getah KL ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta
Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song hari ini.

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak
MetMalaysia pagi ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak hingga Jumaat ini.

Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.

Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.

Ribut musim sejuk landa AS, lebih 1,900 penerbangan dibatalkan
Cuaca buruk itu menyebabkan gangguan terhadap pengangkutan dan infrastruktur dengan hampir 70 juta orang berada di bawah amaran cuaca musim sejuk.

Cuaca buruk: Aksi Liverpool, United mungkin ditunda
AKSI panas Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Liverpool dan Manchester United pada awal pagi Isnin mungkin ditunda susulan ramalan cuaca buruk di Merseyside.

Harga biji kopi meningkat, pemilik kafe perlu kaji semula penetapan harga
Kos biji kopi dijangka terus meningkat pada 2025 disebabkan keadaan cuaca buruk dan kekurangan bekalan.

226 penduduk dipindahkan akibat banjir di Male, Maldives
Banjir itu telah menyebabkan kerosakan pada harta benda kediaman dan komersial serta kenderaan di jalan raya.