TAIPEI: Rakyat Taiwan digesa supaya berhenti menukar nama kepada "salmon" bagi menikmati tawaran hebat restauran sushi di pulau tersebut.
Dalam satu fenomena yang digelar "Salmon Chaos" oleh media tempatan, seramai 150 individu, kebanyakan golongan belia, berpusu-pusu ke pejabat kerajaan minggu lepas bagi menukar nama mereka secara rasmi, lapor The United Daily News.
Beberapa restauran sushi menawarkan promosi hidangan 'all-you-can-eat' kepada sesiapa yang mempunyai nama "Gui Yu" atau salmon dalam tulisan Cina pada kad pengenalan mereka.
"Tindakan menukar nama ini bukan sahaja membazirkan masa tetapi menyebabkan kerja-kerja yang tidak sepatutnya," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Chen Tsung-yen.
Nama lain yang dilaporkan media tempatan termasuk "Salmon Prince", "Meteor Salmon King" dan "Salmon Fried Rice".
Menurut laporan portal berita The United Daily News, seorang penduduk menukar namanya untuk mengandungi 36 aksara baharu Cina, kebanyakannya mempunyai tema makanan laut termasuk yang bermaksud abalone, ketam dan udang karang.
Astro Awani
Sun Mar 21 2021

Beberapa restauran sushi menawarkan promosi hebat kepada mereka yang bernama "Gui Yu" dan membuktikannya pada kad pengenalan. - Gambar hiasan

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Beli di kedai takut mahal, masak sendiri 'grilled salmon'
Ramai yang sudah cuba memang sedap dan menjadi! Ikuti resipi yang dikongsi oleh Herawati Basri.

Rakyat Taiwan digesa untuk tidak menukar nama kepada 'Salmon'
Rakyat Taiwan digesa supaya berhenti menukar nama kepada "salmon" bagi menikmati tawaran hebat restauran sushi.