SEOUL:Selepas terpalit dengan isu skandal, Rapper popular dari Korea Selatan, Iron ditemukan mati di tingkat bawah pangsapuri didiaminya pada Isnin.
Menurut jurucakap polis, Iron atau nama sebenarnya Chung Heon-chul, dijumpai terbaring di kawasan perumahan dalam keadaan berlumuran darah.
"Mayatnya dijumpai seorang pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan kira-kira pukul 10.25 pagi waktu tempatan sebelum dibawa ke hospital," katanya yang dipetik portal berita Yonhap News Agency pada Selasa.
Siasatan lanjut mengenai punca kematian masih dijalankan.
Iron, 28, mula terkenal selepas menjadi peserta separuh akhir program realiti "Show Me the Money" musim ketiga menerusi saluran Mnet's hip-hop pada tahun 2014.
Pada Disember 2019, Iron ditahan atas dakwaan menyerang dan memukul rakan sebiliknya yang berusia 18 tahun menggunakan kayu besbol.
Setahun sebelum itu, Iron juga pernah dikenakan hukuman penjara lapan bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah menumbuk kekasihnya pada September 2016.
Pada 2016, Iron juga dijatuhi hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan memiliki ganja dan didenda sebanyak AS$4,535 kerana menyebarkan berita palsu menegnai bekas kekasihnya menerusi media.
Astro Awani
Mon Jan 25 2021
Iron ditemukan mati di tingkat bawah pangsapuri didiaminya pada Isnin. -Facebook / @ - IRON
Pengurus projek didakwa tiga pertuduhan rasuah
Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas tiga pertuduhan menerima rasuah bernilai RM50,000 membabitkan projek pembinaan lebuh raya.
Tol musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme untuk B40, M40 - PM Anwar
Kerajaan sedang meneliti mekanisme terbaik bagi pemberian tol percuma pada musim perayaan kepada golongan B40 dan M40.
Hanya kes tertentu, JPJ boleh batal lesen memandu OKU
JPJ tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan lesen memandu individu hanya disebabkan OKU
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan
Malaysia dan Korea Selatan terus mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara dalam mempererat hubungan dua hala melalui pelancongan.
Penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah di Seoul
Puluhan penunjuk perasaan menyerbu sebuah bangunan mahkamah di Seoul awal pagi ahad selepas Mahkamah melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan
Moody's Ratings menyatakan bahawa kesan ketidakstabilan politik terhadap ekonomi Korea Selatan setakat ini masih terhad.
Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan
Ketua Perkhidmatan Keselamatan Presiden Korea Selatan (PSS) menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menahan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol tidak seharusnya mengakibatkan pergaduhan.
Petronas Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin lolos ke suku akhir
Beregu profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, membawa cabaran negara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
Presiden Yoon akan beri keterangan semasa perbicaraan - Peguam
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol merancang untuk memberi keterangan semasa perbicaraan kesnya di Mahkamah Perlembagaan.
Korea Selatan siapkan transkrip rakaman kokpit daripada pesawat malang Jeju Air
Rakaman itu berpotensi memberikan petunjuk mengenai detik terakhir sebelum nahas, namun kementerian memaklumkan ia tidak akan didedahkan kepada umum sehingga siasatan selesai.
Semua mangsa nahas pesawat Jeju Air berjaya dikenal pasti
Daripada jumlah mangsa yang ditemukan, 103 diserahkan kepada keluarga masing-masing, manakala selebihnya ditempatkan di bilik mayat sebelum dihantar kepada waris.
Korea Selatan saksi peningkatan kelahiran buat kali pertama dalam tempoh 9 tahun
Bilangan bayi yang dilahirkan di Korea Selatan, sebuah negara antara kadar kesuburan terendah di dunia, meningkat buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun pada 2024.