Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
Di Washington, ribuan berkumpul di Capitol Reflecting Pool sambil melaungkan ‘Di Mana Kongres’ dan mendesak anggotanya untuk melaksanakan tugas.
Aktivis, yang sebahagian besarnya dianjurkan oleh gerakan 50501, yang memimpin perhimpunan di ibu negara, menyeru semua penunjuk perasaan bersatu untuk menegakkan perlembagaan.
Penunjuk perasaan melaungkan ‘Tiada Raja Pada Hari Presiden’ untuk membantah perebutan kuasa oleh Trump dan Musk, yang semakin agresif menyasarkan agensi kerajaan dengan memberhentikan ribuan kakitangan awam persekutuan.
Protes di seluruh negara itu merupakan sebahagian daripada gerakan 50501 yang bermaksud 50 protes di 50 negeri dalam satu gerakan.
Menurut penganjur, protes itu diadakan sebagai tindak balas terhadap tindakan anti demokratik dan tidak sah oleh pentadbiran Trump.
Demonstrasi tersebut menandakan kempen nasional kedua gerakan itu, susulan siri perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Trump.
Protes turut berlangsung ketika Parti Demokrat bergelut untuk menentang langkah Trump, di mana Republikan menguasai majoriti Dewan Perwakilan dan Senat.
