IBU Emmeril Kahn Mumtadz (Eril), Atalia Praratya menitipkan nukilan sedih di akaun Instagram rasminya pada Jumaat selepas anak sulungnya itu masih belum ditemui selepas dilaporkan hilang sejak Khamis lepas di Sungai Aare, Switzerland.
Nukilan itu disertakan juga dengan foto memperlihatkan Atalia, suaminya Ridwan Kamil (Gabenor Jawa Barat) dan anak mereka, Zara duduk di tepi jeti sungai tersebut.
"Ril... mamah pulang dulu ke Indonesia, ya," tulis Atalia.
"Mamah titipkan kamu dalam penjagaan dan perlindungan terbaik dari pemilikmu yang sebenarnya, Allah SWT, di mana pun kamu berada," tulisnya.
BACA: Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil reda, terima pemergian anak yang lemas di Switzerland
Nukilan Atalia itu secara tidak langsung menunjukkan keredaannya kehilangan anak sulungnya Eril, yang dihanyutkan arus saat berenang di Sungai Aare, Bern, Switzerland.
Untuk rekod, sudah lebih seminggu Eril hilang dan proses pencarian dilakukan pihak berkuasa negara tersebut juga masih belum membuahkan hasil.
“InsyaAllah kamu tidak akan kedinginan, kelaparan atau kekurangan apapun.
“Bahkan kamu akan mendapatkan limpahan kasih sayang, kurnia dan kebahagiaan yang tak pernah putus," tulis Atalia lagi.
"Di sini, di Sungai Aare yang luar biasa indah dan cantik ini, mamah lepaskan kamu, untuk kita bertemu lagi cepat atau lambat.
"Seperti yang Datuk Bandar sampaikan, the city of Bern will forever be deeply connected to us. Doa terbaik mamah dalam setiap helaan nafas," jelasnya.
Agensi
Fri Jun 03 2022

Gambar dimuat naik Atalia di Sungai Aare, ketika mereka berada di sana untuk sama-sama melihat operasi mencari Eril yang dilaporkan hilang di sungai tersebut pada Khamis lepas. - Foto Instagram/ataliapr
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

"Ril, mama pulang dulu ya..." - Nukilan pilu ibu Eril yang lemas di Switzerland
Nukilan itu disertakan juga dengan foto memperlihatkan Atalia, suaminya Ridwan Kamil (Gabenor Jawa Barat) dan anak mereka, Zara duduk di tepi jeti sungai.