TOKYO: Salji lebat dan angin kencang pada Rabu terus menjejaskan banyak bahagian di Jepun, dengan keadaan ribut mengganggu beberapa sistem pengangkutan.
Memandangkan sebahagian besar negara itu kini berhadapan musim paling sejuk dalam tempoh sedekad, pengendali kereta api di laluan utama mengurangkan kekerapan perkhidmatan atau menggantung semua operasi mereka, lapor Xinhua.
East Japan Railway Company berkata syarikat itu akan menghentikan operasi keretapi Shinkansen antara beberapa stesen di laluan Yamagata sepanjang Rabu dan menggantung operasi di sebahagian daripada perkhidmatan laluan Tohoku.
Kedua-dua laluan keretapi Shinkansen iaitu Tokaido dan Sanyo pula mengalami kelewatan kerana kereta api laju itu akan bergerak lebih perlahan di beberapa bahagian disebabkan keadaan berfros.
Beberapa laluan lebuh raya dari Tohoku ke wilayah Kyushu juga ditutup dengan kemungkinan besar lebih banyak lagi laluan akan ditutup kerana diliputi salji.
Jalan utama lain ditutup bagi membersihkan salji, menurut kementerian pengangkutan.
Pemandu digesa mengelak daripada membuat perjalanan yang tidak penting dan sentiasa memantau perubahan cuaca dan keadaan trafik.
Di kawasan yang sudah diliputi salji dan ais, pemandu dinasihatkan untuk menggunakan tayar musim sejuk dan rantai salji jika perlu.
Japan Airlines dan All Nippon Airways juga berkata syarikat penerbangan itu merancang untuk membatalkan ratusan penerbangan pada Rabu dan meminta penumpang menyemak dan mengesahkan penerbangan mereka seawal mungkin.
Agensi Meteorologi Jepun berkata beberapa bahagian di negara itu menyaksikan penurunan suhu ke paras paling rendah dilihat dalam tempoh sedekad.
Cuaca sejuk dijangka berterusan hingga Khamis, kata agensi cuaca itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023
![Salji lebat, angin kuat ganggu pengangkutan di Jepun Salji lebat, angin kuat ganggu pengangkutan di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674629281_TBJAPANSNOW.jpg)
Sebuah keretapi terperangkap di stesen Nishioji di Kyoto, Jepun pada Rabu. - Foto Kyodo/via REUTERS
![Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740047348_TengkuTemenggongKe.jpg)
Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.
![Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740059354_MohdAlwiZainalAbd.jpg)
Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.
![Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740047224_bazar.jpg)
Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
![Salji lebat, angin kuat ganggu pengangkutan di Jepun Salji lebat, angin kuat ganggu pengangkutan di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674629281_TBJAPANSNOW.jpg)
Salji lebat, angin kuat ganggu pengangkutan di Jepun
Salji lebat dan angin kencang pada Rabu terus menjejaskan banyak bahagian di Jepun, dengan keadaan ribut mengganggu beberapa sistem pengangkutan.