ADA yang bertanyakan, kenapa penulis masih lagi terus berjuang dalam isu Syria yang telah satu dekad lamanya berlaku?
Jawapan penulis adalah kerana penulis telah menjadi saksi kepada kezaliman dan kekejaman yang berlaku di Syria.
Takutnya penulis pula akan berlaku zalim dan berdosa sekiranya apa yang telah disaksikan dengan mata kepala sendiri tidak diangkat serta dibela.
Jika mahu disoroti segala macam kezaliman yang berlaku kepada masyarakat Syria tanpa pembelaan sepanjang satu dekad ini, pasti akan benar-benar meruntun jiwa kemanusiaan kita semua.
Namakan sahaja - serangan senjata kimia, serangan bom tong barrel, pengepungan secara sistematik sehingga mengakibatkan kematian akibat kebuluran, segalanya telah atau sedang berlaku di Syria.
Penulis sempat melihat sendiri insiden di mana sejumlah 230 jasad ditemui telah ‘dibuang’ ke Sungai Kuweiq di Aleppo pada penghujung Januari 2013.
Jasad-jasad tersebut dikumpulkan oleh orang awam di dataran terbuka sebuah sekolah bagi proses pengecaman waris dan ahli keluarga.
Hampir kesemua jasad yang terbaring kaku ini mempunyai kesan tembakan di kepala mahupun kesan penyeksaan yang membawa kepada kematian seperti disimbah asid, dicungkil biji mata dengan sebahagiannya ditemukan masih lagi terikat tangan mereka.
Jujur sukar untuk penulis memproses kejadian yang berlaku di hadapan mata sendiri, namun ia seakan memberi tanda bahawa penulis perlu memikul beban untuk membela kezaliman yang berlaku ini.
Di samping itu, tragedi yang paling sukar untuk penulis lupakan adalah ketika mana dijadual untuk merasmikan Sekolah Ain Jalut di Aleppo yang telah dibaik pulih hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Hari tersebut telah bertukar menjadi hari yang berdarah. 15 minit sebelum kami tiba, dua buah roket dilaporkan menyerang sekolah tersebut mengakibatkan lebih 30 orang pelajar termasuk guru terkorban.
Begitulah gambaran gilanya peperangan yang berlaku di Syria. Sehingga tiada siapa pun yang berani dan benar-benar mahu bersuara untuk menghentikan segala macam pencabulan kepada Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (International Humanitarian Law).
Benar, penulis kecewa.
Satu dekad berlalu dan konflik kemanusian masih berlanjutan di Syria.
Sehingga Disember 2020, Syrian Observatary for Human Rights melaporkan angka kematian sudah mencecah seramai 593,000 orang.
Data sehingga Januari 2021 pula menunjukkan sekitar 13.4 juta rakyat Syria (hampir 75% daripada populasi Syria) memerlukan bantuan kemanusiaan.
Ia diburukkan lagi dengan penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia.
90% rakyatnya kini hidup di bawah paras kemiskinan yang parah dengan pendapatan hanya AS$1.25 sehari.
Harga makanan keperluan harian dilaporkan meningkat sehingga 286%!
Akses kepada kemudahan kesihatan adalah sangat terhad dengan hanya 58% hospital dan 53% pusat kesihatan sahaja yang berfungsi.
Saat penulis menyoroti data terkini konflik Syria yang dikeluarkan dari pelbagai sumber seperti PBB, International Committee of Red Cross (ICRC) dan Human Rights Watch (HRW) ini, penulis menyedari betapa dahsyatnya kesan sesebuah peperangan dan benar-benar merasa syukur di atas nikmatnya sebuah keamanan, kedamaian dan juga kebebasan yang kita kecapi di bumi bertuah Malaysia.
Jujur penulis katakan, rakyat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang sangat prihatin, bersedia untuk membantu mereka yang memerlukan samada di dalam mahupun di luar negara.
Walaupun mungkin ada yang masih skeptikal dengan bantuan yang disalurkan ke luar negara dan diibaratkan umpama kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, ia tidak merencatkan sedikitpun usaha kita bersama untuk meringankan beban dan kesakitan yang dilalui oleh masyarakat di luar sana.
Pendek kata, di mana pelosok dunia yang memerlukan, Malaysia akan hadir.
Semoga Allah terus merahmati bumi Malaysia!
Maka persoalan berikutnya, sehingga bila kita perlu membantu Syria?
Pendapat penulis, apabila sampai waktunya segalanya kembali tenang, aman dan keselamatan mereka telah terjamin.
Pemimpin-pemimpin dunia harus menzahirkan ketegasan dalam mencapai kata putus dalam menyelesaikan konflik peperangan di Syria yang kini dilihat telah menjadi medan peperangan di antara negara-negara yang mempunyai kepentingan tanpa memikirkan nasib dan nyawa rakyat Syria yang masih terus terancam saban hari.
Suatu ketika dahulu Malaysia pernah membantu Bosnia Herzegovinia dari segi diplomasi, bantuan kewangan, kemanusiaan dan moral termasuk menghantar tentera Malaysia untuk menganggotai tentera pengaman PBB ke sana.
Begitulah jua harapan penulis dalam usaha-usaha yang digerakkan untuk menangani konflik peperangan Syria yang perlu kita akui, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada Malaysia apabila telah menjadi antara destinasi pilihan untuk para pelarian Syria mendapatkan perlindungan sementara konflik belum berakhir.
Membiarkan mereka tanpa membawa solusi segera untuk menangani hak dan keperluan asas kehidupan manusia seperti tempat untuk berlindung, jaminan keselamatan, akses kepada perkhidmatan kesihatan dan juga pendidikan hanya akan mencetuskan pelbagai permasalahan yang mungkin akan timbul pada masa hadapan.
Penulis berpendapat, adalah wajar untuk badan-badan NGO dan kerajaan untuk pro-aktif dalam menangani perkara ini di peringkat awal daripada merasa sesal di kemudian hari.
Satu dekad konflik kemanusiaan Syria, semoga ia memberi ibrah dan pengajaran yang berguna untuk kita semua, betapa nilai keamanan sesebuah negara itu tiada tolok bandingannya dengan apa pun.
Sebagai sebuah refleksi, andai kita tidak melakukan sesuatu untuk menjaga dan memelihara nyawa manusia, maka di manakah duduknya 'dhomir' dan nilai kemanusiaan dalam diri kita?
Penulis mengajak kita semua untuk menzahirkan rasa syukur dengan berkongsi kebahagiaan dengan mereka yang kurang bernasib baik, bukan sahaja untuk Syria, tetapi untuk semua.
Salam keamanan sejagat.
* Penulis merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia for Syria merangkap Ketua Pegawai Operasi Global Peace Mission (GPM) Malaysia.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Syahrir Azfar Saleh
Sun Mar 21 2021

Penulis bergambar di kawasan perumahan at-Thom, Aleppo yang musnah akibat diserang. - Foto Syahrir Azfar Saleh
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bashar al-Assad has fallen, what’s the story of Syria now?
Astro AWANI's Social Media Editor, Hilal Azmi shares his reflections from the ground in Aleppo, Syria, following the fall of Bashar al-Assad.

Puak pemberontak luaskan pergerakan di bandar Aleppo, serangan udara sasar kedudukan mereka
Kebanyakan penduduk dilaporkan berkurung di rumah, manakala sekolah dan institusi kerajaan hampir sepenuhnya ditutup.

Israel lancar serangan udara di utara Syria
Daerah Sfireh di Aleppo turut menjadi sasaran, dengan laporan kerosakan dan beberapa askar cedera.

'Selamatkan saya dan adik, saya rela jadi hamba awak' - Mangsa gempa Syria
Ungkapan kanak-kanak itu dapat perhatian warganet bahawasanya kedua-dua mereka mungkin beranggapan runtuhan rumah itu berikutan serangan.

Satu dekad konflik kemanusiaan Syria - Ibrah dan refleksi
Satu dekad berlalu dan konflik kemanusian masih berlanjutan di Syria.

Rawat COVID-19 lebih trauma berbanding mangsa letupan bom Syria - Doktor zon perang
Dr David Nott dari England menyifatkan situasi berdepan krisis pandemik ini lebih getir jika dibandingkan dengan insiden pengeboman seperti di bandar Aleppo, Syria.

34 askar Turki maut, serangan udara di Idlib, Syria
Serangan udara Rusia dan Syria yang menyasarkan kawasan di antara bandar Bara dan Bilion di pedalaman Idlib, mengorbankan 34 askar Turki, dipercayai lebih ramai lagi maut.

Lembaran baharu buat si kecil berkaki 'tin'
Maya Merhi yang berusia lapan tahun, dilahirkan tanpa sepasang kaki terpaksa menggunakan tin untuk membantunya bergerak.

Derita Ghouta lebih buruk dari Aleppo, semua bantuan kemanusiaan disekat - PBB
Setiausaha Agong Majlis Pelarian Norway Jan Egeland berkata peningkatan ketegangan di Syria terutama wilayah Damsyik adalah yang terburuk sejak konflik di negara itu bermula pada 2014.

Tentera pakatan Syria-Rusia burukkan keadaan di Idlib dan Hama - PBB
Ketegangan yang memuncak di beberapa wilayah di Syria kini memaksa lebih 270,000 warga Syria menjadi pelarian di dua wilayah.