NEW DELHI: Beberapa penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi digantung pada pagi Jumaat selepas sebahagian bumbung Terminal 1 runtuh akibat hujan lebat, menurut pihak lapangan terbang.
Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan enam cedera, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik saluran berita NDTV dan agensi berita PTI.
Menurut NDTV, mangsa berada dalam empat kenderaan yang dihempap oleh balok yang runtuh.
"Akibat hujan lebat sejak awal pagi ini, sebahagian kanopi di hadapan pintu berlepas lama Terminal 1 Lapangan Terbang Delhi runtuh sekitar jam 5 pagi (2330 GMT Khamis)," menurut kenyataan lapangan terbang itu, sambil menambah bahawa "terdapat laporan kecederaan".
Semua penerbangan berlepas dari Terminal 1 pada mulanya digantung. Dalam kemas kini pada 8.45 pagi, lapangan terbang menyatakan semua penerbangan dari Terminal 2 dan Terminal 3 "beroperasi sepenuhnya", manakala penerbangan berlepas dari Terminal 1 "dibatalkan sehingga 2 petang hari ini".
Sementara itu, hujan lebat pada awal pagi Jumaat telah menjejaskan kehidupan normal di ibu kota India, dengan beberapa tempat mengalami banjir teruk, lapor Xinhua.
Kenderaan kelihatan tenggelam dalam air bertakung di bawah jambatan selepas hujan lebat yang berterusan sekurang-kurangnya tiga jam. Sistem saliran yang lemah dipersalahkan atas kejadian banjir teruk itu.
Banyak tempat di kawasan Perbadanan Perbandaran New Delhi (NDMC) yang menempatkan beberapa bangunan kerajaan penting serta kediaman rasmi ahli parlimen, hakim kanan dan pegawai pentadbiran, mengalami banjir sehingga ke paras lutut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Sebahagian bumbung Terminal 1 yang runtuh akibat hujan lebat. -AP
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.

Sekolah rendah di Delhi ditutup susulan pencemaran udara semakin kritikal
Ibu negara India pada Khamis mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.

Kualiti udara India memburuk akibat asap bunga api
Kualiti udara bertambah buruk di beberapa Kawasan di India termasuk ibu negara, New Delhi pada Sabtu berikutan penggunaan bunga api semasa perayaan Diwali di negara itu.

Satu maut, bumbung runtuh di lapangan terbang Delhi
Menurut NDTV, mangsa berada dalam empat kenderaan yang dihempap oleh balok yang runtuh.

Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh
Wisma Putra dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada.

Tujuh bayi baru lahir maut dalam kebakaran di Delhi
Tujuh bayi baru lahir maut dan lima lagi cedera apabila sebuah pusat penjagaan bayi di kawasan Vivek Vihar, timur Delhi terbakar.

Skuad berbasikal para sambar dua emas dan dua perak di India
Skuad para negara mempamerkan persembahan cemerlang untuk menghadiahkan dua pingat emas serta dua pingat perak pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Asia 2024.

Jumlah korban kilang terbakar di New Delhi meningkat kepada 11 orang
Menurut bomba, identiti mangsa yang rentung, semuanya pekerja kilang, masih belum dapat dipastikan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Speaker Kanada tidak akan hadir Sidang Kemuncak Speaker Parlimen G20 di New Delhi
Hubungan Ottawa dan New Delhi agak dingin selepas PM Justin Trudeau menuduh India terlibat dalam pembunuhan aktivis pemisah Sikh.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.