MEXICO CITY:Ahli-ahli gusti bertopeng yang dipuja-puja di Mexico kini berdepan musuh yang tidak jelas, hingga menjejaskan kewujudan serta tujuan hidup mereka.
Berikutan situasi pandemik yang belum menunjukkan tanda-tanda reda, pendapatan mereka yang lazim diperoleh menerusi persembahan perlawanan di gelanggang kini merosot teruk hingga ada yang menganggap acara kegemaran rakyat itu bakal 'mati'.
Namun, demi meneruskan tradisi yang berstatus 'legenda', mereka berusaha membawa warna-warni perlawanan itu ke sebuah pulau kecil di tengah-tengah Tasik Xochimilco di Mexico City.
Dengan penganjuran acara dan aktiviti sukan masih dilarang berikutan pandemik COVID-19 berlanjutan, kumpulan ahli-ahli Lucha Libre yang biasa menjayakan persembahan gusti gaya bebas kini mencari kaedah alternatif untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Bagi mereka, tiada perlawanan bermaksud tiada pendapatan untuk menyara kehidupan.
Lucha Libre merupakan salah satu sukan popular di Mexico dan menjadi tarikan buat pelancong. Ia mengetengahkan 'pahlawan' bertopeng yang mencuri imaginasi penonton melalui penampilan dan identiti misteri serta persembahan eksentrik.
Reuters melaporkan, sekumpulan ahli gusti dan promoter Lucha Libre kini merancang menggabungkan dua tarikan pelancong menerusi pelan penganjuran perlawanan di sebuah pulau buatan kecil di antara jaringan terusan air di Tasik Xochimilco.
Setelah menyiapkan gelanggang tempur di pulau itu, bermula Jumaat depan, pihak penganjur merancang untuk membenarkan para peminat menyaksikan perlawanan secara terus dari atas bot, jika mereka membuat bayaran ekstra.
"Anda akan dapat menikmati aksi gusti sebenar yang berkualiti," kata promoter Ciclope, yang juga salah seorang pegusti.
Pulau-pulau kecil di Xochimilco, atau dikenali dengan panggilan chinampas, terhubung antara jaringan terusan air. Kawasan tanah bencah itu begitu menarik minat pencinta alam dan termasuk dalam senarai Tapak Warisan Dunia Unesco.
Para pengunjung selalunya mengelilingi kawasan berkenaan untuk menikmati pemandangan dengan menaiki bot sambil dihiburkan para penyanyi mariachi.
"Memang dalam situasi pandemik ini, seseorang perlu mencari sisi positif dari semua hal yang negatif," ujar Ciclope.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sun Oct 25 2020
Lucha Libre merupakan salah satu sukan popular di Mexico dan menjadi tarikan buat pelancong, namun kini berdepan kesukaran akibat pandemik COVID-19. - Reuters
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Projek laluan rel pantai timur (ECRL) dijangka siap dua bulan setengah lebih awal dari yang dijadualkan selepas kerja pemasangan laluan dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disempurnakan.
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada jun 2016.
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
Emman Azman, ahli gusti professional pertama Malaysia sertai NJPW
Kejohanan yang bakal berlangsung di Melbourne itu menyaksikan Emman dijadual menentang ahli gusti dari Australia, Jarvis dalam perlawanan solo.
The Rock imbas momen diberi peluang kedua yang mengubah hidupnya
Johnson berkongsi klip dari rancangan televisyen 'Young Rock', yang memberi penghormatan kepada mendiang jurulatihnya.
Sebelum 'mati' lebih baik pindah! Ahli gusti bertopeng Mexico cari cara lain teruskan perjuangan
Kewujudan mereka selama ini dianggap suatu yang 'legendary', namun pandemik COVID-19 telah mengubah segalanya.
Remaja hidup dengan paru-paru 70 tahun akibat vape
Adam yang dahulunya aktif bersukan kini terlantar di hospital setelah jangkitan menyebabkan paru-parunya berfungsi seperti pada individu berusia 70 tahun.