Singapura akan terus berhubungan dengan Malaysia, sesuai dengan perkembangan semasa, kata Menteri Perdagangan dan Industri republik itu, Chan Chun Sing dalam responsnya mengenai sekatan Malaysia.
"Keutamaan kami adalah untuk memastikan bahawa rakyat dan perniagaan kami dapat meneruskan kehidupan serta urusan mereka," katanya.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Malaysia akan diletakkan di bawah perintah sekatan pergerakan di seluruh negara mulai 18 hingga 31 Mac 2020 berikutan wabak COVID-19.
Perintah itu, yang pertama dalam sejarah negara, telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam satu siaran langsung malam tadi.
Sejumlah 125 kes baharu COVID-19 yang positif telah dilaporkan pada Isnin, membawa angka kepada 553 kes di Malaysia.
Chan menasihatkan perniagaan yang mengambil pekerja Malaysia yang berulang-alik di antara Singapura dan Malaysia, mungkin perlu mengaktifkan Pelan Kesinambungan Perniagaan mereka.
BACA: Sekatan baharu terhadap pengembara: Singapura beri pertimbangan khusus untuk Malaysia
Republik itu pada Ahad, telah mengumumkan sekatan sempadan ke atas kemasukan rakyat negara asing termasuk dari ASEAN
Bagaimanapun ia tidak merangkumi perjalanan laut dan darat membabitkan Malaysia, yang bermakna bahawa rakyat Malaysia dan Singapura masih boleh berulang-alik dari kedua-dua belah sempadan seperti biasa.
BACA: Sekatan pergerakan bantu KKM mantapkan kawalan tangani COVID-19
Dalam satu pengumuman yang dibuat pada Ahad lepas, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Singapura Mengenai COVID-19, Lawrence Wong berkata walaupun perintah itu terpakai kepada seluruh ASEAN, ia telah membuat satu perjanjian berasingan dengan Malaysia melalui kumpulan kerja dua hala.
Pertimbangan khas telah diberi kepada Malaysia memandangkan lokasinya yang sangat dekat serta saling kebergantungan yang sangat tinggi di antara kedua-dua negara, kata Lawrence.
"Kami memang memerlukan langkah berjaga-jaga, memandangkan jumlah orang dan kenderaan yang bergerak masuk dan keluar," katanya.
BACA: COVID-19: Warga emas berusia 86 tahun antara 17 kes baharu di Singapura
Berkuat kuasa pada jam 2359, 16 Mac 2020, semua individu yang memasuki Singapura dengan sejarah perjalanan terkini ke negara ASEAN, Jepun, Switzerland atau United Kingdom dalam tempoh 14 hari terakhir akan dikeluarkan notis 14 hari Duduk di Rumah (SHN).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 16 2020
Singapura beri pertimbangan khas kepada Malaysia memandangkan lokasinya yang sangat dekat serta saling kebergantungan yang sangat tinggi di antara kedua-dua negara. - Gambar hiasan
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Selepas tiga bulan, siapa 'frontrunner' calon Perdana Menteri Singapura?
Kerajaan Singapura berfungsi seperti biasa dengan masing-masing menjalankan peranan baharu mereka selepas rombakan drastik Kabinet.
COVID-19: Singapura kekal terbuka walaupun dunia ke arah dasar perlindungan
Chan juga menyatakan Singapura sedang membina rangkaian perkongsian ekonomi digital.
COVID-19 jejas bekalan, Singapura yakin elak putus bahan makanan
Bekalan bahan keperluan tergendala tatkala satu Malaysia sudah seminggu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order).
Sekatan: Singapura akan berhubung dengan Malaysia
Chan menasihatkan perniagaan yang mengambil pekerja Malaysia yang berulang-alik di antara Singapura dan Malaysia, mungkin perlu mengaktifkan Pelan Kesinambungan Perniagaan mereka.
Singapura jadi negara ketiga ratifikasikan CPTPP
Singapura meratifikasikan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) sekali gus menjadi negara ketiga berbuat demikian selepas Mexico dan Jepun.