FLORIDA: Sebuah jet peribadi dinaiki lima orang penumpang terhempas di di Interstate 75 berhampiran Naples, di pantai barat daya Florida.
Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat, pihak berkuasa memaklumkan nahas itu menyebabkan jet bertembung dengan sebuah kenderaan mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terkorban.
Menerusi perkongsian rakaman kejadian di media sosial, pesawat itu dilihat dijilat api dan diselebungi asap selepas terhempas di tengah jalan raya yang sibuk dan seterusnya terhenti di dinding penahan pinggir jalan.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dalam satu kenyataan berkata pesawat perniagaan Bombardier Challenger 600, yang berlepas dari Ohio, sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Naples apabila juruterbangnya memaklumkan kedua-dua enjin turbo kenderaan itu telah gagal.
Jurucakap Pejabat Sheriff Daerah Collier berkata sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam kemalangan itu, tetapi tidak dimaklumkan sama ada kematian melibatkan penumpang di dalam pesawat atau di dalam kenderaan yang dilanggar.
Astro Awani
Sat Feb 10 2024

NTSB dalam satu kenyataan berkata pesawat perniagaan Bombardier Challenger 600, yang berlepas dari Ohio, sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Naples. - Foto REUTERS

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Sekurang-kurangnya dua maut dalam nahas jet peribadi Florida
Sebuah jet peribadi dinaiki lima orang penumpang terhempas di di Interstate 75 berhampiran Naples, di pantai barat daya Florida.

Putin buka mulut isu kematian ketua Wagner, ucap takziah
Presiden Rusia Vladimir Putin mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang maut pada Rabu apabila jet peribadi yang membawa ketua kumpulan tentera upahan Wagner Yevgeny Prigozhin terhempas.

Jet Rusia terhempas: 10 penumpang termasuk anak kapal maut
Sebuah jet peribadi terhempas di Rusia pada hari Rabu, membunuh semua 10 orang di dalamnya.