LONDON:Sebuah ‘ladang’ ganja dalam bangunan diserbu pasukan polis London di kawasan bersejarah kota itu, lapor Reuters.
Akibat banyak bangunan yang kini kosong semasa tempoh sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19, ada pihak yang mengambil kesempatan menanam pokok ganja.
Kes tersebut disifatkan yang pertama seumpamanya.
Polis London memberitahu, sejumlah 826 pokok ganja ditemui di dalam sebuah bangunan berdekatan bangunan Bank of England. Serbuan itu dilakukan kerana terdapat “bau kanabis yang kuat” dan tidak dapat dinafikan lagi.
"Ini merupakan ‘ladang’ dan kilang kanabis yang pertama di bandar raya ini. Tentunya ia lama dirancang memandangkan tidak ramai orang yang keluar buat masa ini dan mereka menyangka sebarang aktiviti mencurigakan tidak akan dikesan,” ujar polis dalam satu kenyataan.
London yang menjadi pusat pasaran insurans komersial terbesar dunia, selain bank dan pusat pengurusan dana, kini seumpama ‘bandar hantu’ sejak Mac tahun lalu. Kebanyakan pekerja telah diarahkan untuk bekerja dari rumah sahaja bagi mengelak penularan pandemik.
Di media sosial, ramai yang sudah membuat jenaka berkaitan lokasi penemuan ‘ladang’ ganja itu. Mereka berlawak tentang pekerja-pekerja Bank of England yang mungkin selama ini sangat ‘gembira’ menjalankan tugas di pejabat kerana aktiviti haram itu betul-betul di sebelah bangunan mereka.
Agensi
Fri Jan 22 2021
![Semerbak... Polis serbu 'ladang' ganja dalam bangunan di tengah kota London Semerbak... Polis serbu 'ladang' ganja dalam bangunan di tengah kota London](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611298934_londonganja.jpg)
Polis London memberitahu, sejumlah 826 pokok ganja ditemui di dalam sebuah bangunan berdekatan bangunan Bank of England. - Reuters
![Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738947677_AriffinArifADUN.jpg)
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
![Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927130_Jururawat.jpg)
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
![Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738151815_Vape.jpg)
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
![Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025 Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613713139_PERODUALOGO.jpg)
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
![Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738940860_AaronAgo.jpg)
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
![MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738965507_MyGAS.jpg)
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
![Polis Indonesia bongkar ladang ganja di Sumatera Utara Polis Indonesia bongkar ladang ganja di Sumatera Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650086733_Marijuana.jpg)
Polis Indonesia bongkar ladang ganja di Sumatera Utara
Ladang berkenaan masing-masing berkeluasan lapan hektar dan tiga hektar terletak di Panyabungan Timur, daerah Mandailing Natal.
![Belum sampai masanya lagi, KKM terima banyak cadangan usahakan ladang ganja - Khairy Belum sampai masanya lagi, KKM terima banyak cadangan usahakan ladang ganja - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657784689_TBKJ.jpg)
Belum sampai masanya lagi, KKM terima banyak cadangan usahakan ladang ganja - Khairy
Malaysia belum sampai tahap benarkan penanaman ganja, kata Menteri Kesihatan.
![Bekas diplomat, anak tidak mengaku tanam 102 pokok ganja Bekas diplomat, anak tidak mengaku tanam 102 pokok ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654664020_ganja.jpg)
Bekas diplomat, anak tidak mengaku tanam 102 pokok ganja
Kedua-dua tertuduh didakwa menanam tumbuhan 102 pokok ganja di Lot 5718 Kampung Sum Sum Hilir Janda Baik di Bentong 21 Mei lalu.
!['Ladang' ganja di belakang rumah, bekas diplomat, anak lelaki ditahan 'Ladang' ganja di belakang rumah, bekas diplomat, anak lelaki ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653380161_TBLADANGGANJA.jpg)
'Ladang' ganja di belakang rumah, bekas diplomat, anak lelaki ditahan
Polis memberkas seorang bekas diplomat berstatus Datuk dan anak lelakinya kerana disyaki mengusahakan ladang ganja di belakang rumah mereka, di Janda Baik, Pahang.
![Semerbak... Polis serbu 'ladang' ganja dalam bangunan di tengah kota London Semerbak... Polis serbu 'ladang' ganja dalam bangunan di tengah kota London](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611298934_londonganja.jpg)
Semerbak... Polis serbu 'ladang' ganja dalam bangunan di tengah kota London
Polis London memberitahu, sejumlah 826 pokok ganja ditemui di dalam sebuah bangunan berdekatan bangunan Bank of England.
![Sejak ada ladang ganja, pengusaha ladang sayur dan bunga di Kanada kehilangan pekerja Sejak ada ladang ganja, pengusaha ladang sayur dan bunga di Kanada kehilangan pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551439780_Marijuana.jpg)
Sejak ada ladang ganja, pengusaha ladang sayur dan bunga di Kanada kehilangan pekerja
Berdasarkan statistik, sektor ganja menghasilkan peluang pekerjaan besar dengan rekod 10,400 pekerja pada November 2018.