LONDON: Seorang lelaki ditahan di bawah undang-undang keganasan selepas kesan uranium ditemui dalam sebuah bungkusan kargo di Lapangan Terbang Heathrow, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Pegawai Pasukan Sempadan menemui bahan radioaktif bersama penghantaran besi buruk pada 29 Disember yang berasal dari Pakistan dan dialamatkan kepada seorang rakyat Iran di UK, lapor akhbar Sun.
Polis di Cheshire menahan seorang lelaki berusia 60-an pada Sabtu di bawah seksyen sembilan Akta Keganasan.
Lelaki itu telah diikat jamin sehingga April.
Komander Richard Smith, yang mengetuai Komando Met's Counter Terrorism, berkata: "Saya ingin menjelaskan bahawa meskipun dengan penahanan dan berdasarkan maklumat terkini, insiden ini masih tidak dapat dikaitkan dengan sebarang ancaman langsung kepada orang ramai.
"Bagaimanapun, pegawai penyiasat masih meneruskan siasatan."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023

Pegawai Pasukan Sempadan menemui bahan radioaktif bersama penghantaran besi buruk pada 29 Dis yang berasal dari Pakistan dan dialamatkan kepada seorang rakyat Iran di UK, lapor akhbar Sun.- FB Heathrow Airport
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Seorang lelaki ditahan susulan penemuan uranium di Lapangan Terbang Heathrow
Polis di Cheshire menahan seorang lelaki berusia 60-an pada Sabtu di bawah seksyen sembilan Akta Keganasan.