Skip to main content

Dunia

Seorang terkorban, dua anggota polis cedera dalam insiden tembakan di timur Belanda

Large group of criminals with firearms in Overasselt! - 1 dead, two officers injured & village cordoned off - 0109026 Shortly after 4:00 a.m., shots were fired on Ewijkseweg in Overasselt. Emergency services were called out due to the incident. Later, two officers were injured.
Seorang individu maut di tempat kejadian, manakala dua anggota polis yang memberikan respons kepada laporan berkenaan mengalami kecederaan. - Foto X/@Maeestro
Advertisement

THE HAGUE: Seorang individu terkorban manakala dua anggota polis cedera dalam satu insiden tembakan di Pekan Overasselt, timur Belanda pada awal pagi Selasa, kata polis Belanda, lapor Xinhua.

Menurut laporan media tempatan, insiden tembakan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perdagangan dadah.

Polis memaklumkan bahawa mereka menerima laporan awal mengenai satu situasi mencurigakan pada kira-kira 4.00 pagi waktu tempatan.

Seorang individu maut di tempat kejadian, manakala dua anggota polis yang memberikan respons kepada laporan berkenaan mengalami kecederaan.

Kedua-dua anggota polis itu telah dibawa ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil serta melepasi fasa bahaya.

“Beberapa tangkapan telah dibuat setakat ini. Kami juga sedang menjalankan siasatan di beberapa lokasi di Overasselt untuk mengumpul bahan bukti,” kata polis dalam satu kenyataan.

Menteri Kehakiman dan Keselamatan Belanda, David van Weel, menyifatkan insiden tembakan itu sebagai "mengerikan" dan menegaskan: "Kami tidak akan berkompromi dengan keganasan ini."

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement