WASHINGTON:Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence menolak cadangan untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump daripada jawatannya seperti yang dicadangkan Kongres.
Dalam satu surat kepada Speaker Nancy Pelosi pada Rabu, Pence menegaskan bahawa tindakan penyingkiran Presiden Trump menggunakan Artikel 25 Perlembagaan Amerika Syarikat adalah satu tindakan yang tidak bernas.
“Saya percaya tindakan itu bukan merupakan tindakan yang berniat baik, selain tidak selari dengan perlembagaan negara,” kata Pence dalam surat itu.
Sekurang-kurangnya tiga ahli Parti Republikan, termasuk ahli perwakilan AS Liz Cheney dan John Katko, telah menyokong keputusan Kongres yang diketuai Parti Demokrat untuk memecat Trump selepas didakwa memainkan peranan dalam serangan terhadap Capitol minggu lalu.
Trump, bagaimanapun, menafikan dirinya bertanggungjawab atas kejadian itu.
BACA: Serangan Capitol: Kongres mahu singkir Trump
Dalam pada itu, Pence berkata, motif pentadbiran AS adalah untuk memastikan peralihan kuasa dilakukan dengan teratur dan memohon Pelosi serta ahli-ahli Kongres untuk tidak menjadi batu api kepada situasi sedia ada.
Sebelum ini, Trump menggalakkan penyokongnya menyerang bangunan Capitol melalui beberapa ciapan yang dihantar di Twitter.
Ini selepas beliau mendakwa kekalahannya dalam pilihan raya November lalu adalah akibat penipuan, satu dakwaan yang masih belum disokong oleh sebarang bukti kukuh.
BACA: Trump nafi bertanggungjawab cetus rusuhan ganas di Capitol
Saraya Mia
Wed Jan 13 2021

PENCE: Saya percaya tindakan itu bukan merupakan tindakan yang berniat baik, selain tidak selari dengan perlembagaan negara. - Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mike Pence akan bertanding jawatan Presiden AS 2024
Bekas naib presiden Amerika Syarikat Mike Pence mengemukakan dokumen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan pada Selasa, mengesahkan hasratnya untuk bertanding pemilihan presiden 2024.

Trump enggan hadiri upacara rasmi peralihan kuasa
Trump enggan menghadiri upacara rasmi peralihan kuasa yang akan diadakan pada Rabu depan.

Dewan Perwakilan AS sokong usul singkirkan Trump
Sekiranya didakwa, maka Mike Pence akan memangku jawatan Presiden Amerika Syarikat sebelum diambil alih oleh Joe Biden.

Serangan Capitol: Pence tolak cadangan singkirkan Trump
Pence menegaskan tindakan penyingkiran Trump menggunakan Artikel 25 Perlembagaan Amerika Syarikat adalah satu tindakan yang tidak bernas.

Serangan Capitol: Kongres mahu singkir Trump
Trump didakwa menggalakkan penyokongnya menyerang bangunan Capitol melalui beberapa ciapan yang dihantar di Twitter.

COVID-19: Presiden Mexico minta bantuan Trump untuk dapatkan vaksin
Andres Manuel Lopez Obrador mula menghubungi Trump dan wakil presiden Mike Pence sejak Julai lalu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 26 Oktober 2020.

Ketua turus Mike Pence positif COVID-19
Marc Short sudah memulakan kuarantin dan membantu dalam proses pengesanan kontak rapat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 8 Oktober 2020.

Apa hujah kata Pence, Kamala pada debat Naib Presiden AS? Ini lima tumpuan utama
Terlepas mengikuti debat Naib Presiden AS? Berikut lima tumpuan utama.