KUALA LUMPUR: Serangan ke atas kedutaan atau konsulat merupakan satu pelanggaran undang-undang yang sangat serius kerana ia merupakan simbol kedaulatan sesebuah negara.
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Bagi Felo Penyelidik Kanan, Asia Middle East Center for Research & Dialogue (AMEC), Dr. Ferooze Ali, apa yang dilakukan oleh Israel, dengan menyerang konsulat Iran di Syria, adalah untuk mencetuskan satu konflik baharu dan mengubah naratif bahawa rejim Zionis itu sedang melakukan genosid di Gaza.
Beliau berpendapat, serangan yang dibuat oleh Israel ke atas konsulat Iran di Syria merupakan strategi bagi mengalih pandangan ke atas apa yang berlaku di Gaza.
"Sepanjang konflik Iran dan Israel, pelanggaran hak asasi manusia di Gaza tetap berlaku.
"Israel tetap dengan operasi-oeprasi mereka secara spesifik terhadap pasukan Hamas yang cuba membawa kestabilan di Gaza.
"Ini merupakan percaturan politik Netanyahu. Beliau mahu hidup terus dalam politik di Israel jadi beliau mencari berbagai rencana untuk melanjutkan hayat politik beliau di Israel," katanya menerusi program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Dalam konflik yang berlaku antara Iran dan Israel ini, banyak pihak melihat sikap negara-negara di Asia Barat dalam isu ini.
Bagi Pakar Undang-undang Antarabangsa, Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM, Prof Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli, selama ini banyak negara-negara di Asia Barat tidak melihat Israel sebagai gangguan kepada mereka, sebaliknya Iran lebih dilihat sebagai ancaman.
Mohd Yazid menjelaskan, Iran sering dikaitkan dengan memberikan sokongan kepada pihak-pihak tertentu seperti puak Houthi di Yaman.
"Di Timur Tengah (Asia Barat) terutama, dalam kalangan Sunni, termasuk kepimpinan Sunni, tidak melihat Israel sebagai ancaman.
"Selama ini, mereka (pemimpin Sunni) tidak pernah melihat Israel hendak menawan negara Arab lain di Timur Tengah.
"Tetapi mereka melihat negara yang aktif membekalkan senjata kepada militan adalah Iran. Oleh itu negara-negara Arab melihat Iran sebagai ancaman, bukan Israel," katanya.
Dengan berlakunya konflik yang antara Iran dan Israel, yang lebih penting adalah dunia Islam perlu memberi tekanan kepada Israel dan sekutunya.
Jika tiada sebarang tekanan dibuat, Israel dan sekutunya seperti Amerika Syarikat akan terus bertindak sewenang-wenangnya.
Astro Awani
Thu Apr 18 2024
![Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712609680_Israelitank.jpg)
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang. - Gambar hiasan
![Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739960236_TengkuMuhammadIsma.jpg)
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Trump sedia buat perjanjian dengan Iran, daripada ambil tindakan ketenteraan Trump sedia buat perjanjian dengan Iran, daripada ambil tindakan ketenteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738318245_Trump.jpg)
Trump sedia buat perjanjian dengan Iran, daripada ambil tindakan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan kesediaan beliau untuk membuat satu perjanjian dengan dengan Iran sebagai alternatif kepada tindakan ketenteraan.
![Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738813465_tbPialaDuniaHokiD.jpg)
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
![Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716194780_TBMURALRAISI.jpg)
Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran
Bagaimanapun, Presiden AS mengingatkan Tehran tidak boleh miliki senjata nuklear.
![Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738723059_tbDonaldTrump.jpg)
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
![IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736065912_BolaSepak.jpg)
IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran
Arif Aiman Hanapi, diserbu beramai-ramai oleh peminat bola sepak dari Iran, terutama penyokong Persepolis.
![Malaysia gariskan visi kepengerusian ASEAN 2025 dalam persidangan di Tehran Malaysia gariskan visi kepengerusian ASEAN 2025 dalam persidangan di Tehran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735530096_TBaseantehran.jpg)
Malaysia gariskan visi kepengerusian ASEAN 2025 dalam persidangan di Tehran
Ia menyerlahkan visi Malaysia yang bertemakan 'Keterangkuman dan Kemampanan' sebagai asas penyatuan untuk penglibatan serantau dan global.
![Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734839337_TBGilanIran.jpg)
Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.
![AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734659117_HouthiparadeSana.jpg)
AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.
![Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708385491_BennyGantz.jpg)
Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.
![Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732522241_kerjasamaIranMAPIM.jpg)
Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel
Iran dan Malaysia bekerjasama menerbitkan sebuah buku baharu yang mengupas isu kepincangan dalaman rejim Zionis, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).