Skip to main content

Dunia

Sifatkan Putin 'pembunuh', Rusia selar kenyataan Biden

51616069859_DmitryPeskov.jpg
51616069859_DmitryPeskov.jpg

Advertisement

MOSCOW: Kerajaan Rusia mengecam kenyataan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang bersetuju bahawa Vladimir Putin adalah seorang 'pembunuh'.

Kenyataan itu dibuat oleh Biden dalam satu temu bual, yang mana beliau bersetuju kepada pertanyaan wartawan yang menyatakan bahawa Presiden Rusia itu 'pembunuh'.

Jurucakap Presiden Rusia, Dmitry Peskov menyelar kenyataan yang dibuat oleh Biden itu yang jelas mencerminkan AS tiada niat untuk memperbaiki hubungan kedua-dua negara, meskipun di bawah kepimpinan baharu. 

"Ini adalah satu kenyataan yang sangat buruk dikeluarkan oleh Presiden AS. Dia tidak teragak-agak untuk mengeluarkan kenyataan tersebut, malah untuk memperbaiki hubungan antara negara," katanya. 

Ujar beliau lagi, kerajaan Rusia akan berhubung dengan kedutaan AS di Moscow bagi mendapatkan penjelasan. 

Peskov berkata, kenyataan itu sekali gus akan menjejaskan hubungan antara dua negara kuasa besar itu. 

Must Watch Video

Advertisement