Skip to main content

Dunia

Singapura aktifkan skim bantuan perubatan berkaitan jerebu

Singapura akan mengaktifkan Skim Klinik Kesiapsiagaan Kesihatan Awam dan Skim Subsidi Jerebu bermula 12 Oktober untuk rawatan berkaitan jerebu. -Gambar fail
Singapura akan mengaktifkan Skim Klinik Kesiapsiagaan Kesihatan Awam dan Skim Subsidi Jerebu bermula 12 Oktober untuk rawatan berkaitan jerebu. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Singapura akan mengaktifkan Skim Klinik Kesiapsiagaan Kesihatan Awam dan Skim Subsidi Jerebu bermula 12 Oktober untuk rawatan berkaitan jerebu.
  • Klinik dan poliklinik akan menawarkan rawatan bersubsidi kepada kanak-kanak, warga emas, dan rakyat berpendapatan rendah hingga sederhana yang layak.
  • Kualiti udara di Singapura kekal tidak sihat dengan bacaan PSI 24 jam antara 115 hingga 151 pada hari Ahad.

SINGAPURA: Singapura akan mengaktifkan Skim Klinik Kesiapsiagaan Kesihatan Awam (PHPC) dan Skim Subsidi Jerebu (HSS) bermula 12 Okt bagi membantu penduduknya mendapatkan rawatan perubatan berkaitan jerebu.

Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan bahawa klinik yang mengambil bahagian serta semua poliklinik akan menyediakan rawatan pada kadar berpatutan bagi masalah kesihatan berkaitan jerebu kepada kanak-kanak, warga emas dan rakyat Singapura berpendapatan rendah hingga sederhana sebaik sahaja kedua-dua skim itu diaktifkan.

"Semua warganegara Singapura layak menerima manfaat HSS di poliklinik. Masalah kesihatan yang diliputi skim itu termasuk rinitis alergi, asma, bronkitis, konjunktivitis, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), jangkitan saluran pernafasan atas serta komplikasi berkaitan," menurut kementerian itu dalam kenyataan pada Ahad.

Kementerian itu memaklumkan pemegang kad Bantuan Awam akan menerima subsidi penuh bagi rawatan berkenaan, manakala warga emas daripada Generasi Perintis dan Generasi Merdeka hanya perlu membayar tidak lebih daripada S$5 (S$1=RM3.19).

Menurut kementerian itu, warganegara Singapura lain yang layak pula dikenakan bayaran tidak lebih daripada S$10.

Sementara itu, kualiti udara di seluruh Singapura kekal pada tahap tidak sihat pada Ahad, dengan Indeks Piawaian Pencemar (PSI) 24 jam mencatatkan bacaan antara 115 hingga 151.

Setakat 1 tengah hari, data Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menunjukkan kawasan barat mencatatkan bacaan PSI 24 jam tertinggi, iaitu 151, diikuti kawasan tengah (149) dan timur (135), manakala kawasan selatan dan utara masing-masing merekodkan bacaan 115.

Bacaan PSI 24 jam menjadi asas kepada nasihat kesihatan harian NEA, dengan bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, 201 hingga 300 sebagai sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

-- BERNAMA

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah langkah yang diambil Singapura untuk membantu penduduk menghadapi masalah kesihatan akibat jerebu? 
    A: Singapura akan mengaktifkan Skim Klinik Kesiapsiagaan Kesihatan Awam (PHPC) dan Skim Subsidi Jerebu (HSS) bermula 12 Oktober bagi membantu penduduk mendapatkan rawatan perubatan berkaitan jerebu.
  • Q: Siapakah yang layak menerima manfaat di bawah Skim Subsidi Jerebu (HSS)? 
    A: Semua warganegara Singapura layak menerima manfaat HSS di poliklinik, termasuk kanak-kanak, warga emas, dan rakyat berpendapatan rendah hingga sederhana.
  • Q: Apakah jenis masalah kesihatan yang diliputi oleh skim subsidi ini? 
    A: Masalah kesihatan yang diliputi termasuk rinitis alergi, asma, bronkitis, konjunktivitis, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), jangkitan saluran pernafasan atas serta komplikasi berkaitan.
  • Q: Berapakah kadar bayaran rawatan bagi golongan tertentu di bawah skim ini? 
    A: Pemegang kad Bantuan Awam menerima subsidi penuh, warga emas Generasi Perintis dan Generasi Merdeka membayar tidak lebih daripada S$5, manakala warganegara lain yang layak dikenakan bayaran tidak lebih daripada S$10.
  • Q: Bagaimanakah keadaan kualiti udara di Singapura pada 11 Oktober? 
    A: Kualiti udara di seluruh Singapura kekal pada tahap tidak sihat dengan bacaan PSI 24 jam antara 115 hingga 151, di mana kawasan barat mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 151.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement