SINGAPURA: Singapura akan memudahkan rejim ujian saringan untuk Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat mulai Isnin (24 Jan 2022), dengan tidak perlu lagi jalani Ujian Pantas Antigen (ART) pada hari ketiga dan ketujuh dari tarikh ketibaan.
Pasukan petugas berbilang kementerian (MTF) mengenai COVID-19 juga memaklumkan bahawa pengembara tidak perlu menyerahkan keputusan ART mereka tetapi perlu diuji negatif sebelum meninggalkan tempat mereka tinggal atau menginap.
"Kami akan memansuhkan peraturan itu. Dalam erti kata lain, pengembara akan menjalani ART kendiri tanpa pengawasan dari hari kedua hingga hari ketujuh sekiranya mereka berhasrat meninggalkan kediaman atau tempat penginapan mereka," kata Pengerusi Bersama MTF Gan Kim Yong pada sidang media yang diadakan secara maya di sini, hari ini.
MTF juga mengumumkan bahawa pelancong yang tiba pada Isnin, dan lengkap divaksin sepenuhnya serta pulih daripada jangkitan COVID-19 - dalam tempoh 90 hari selepas terkena jangkitan, mereka akan dikecualikan daripada semua ujian dan keperluan tinggal di rumah (SHN) dengan syarat mereka dapat mengemukakan bukti yang sah.
Pada 31 Dis 2021, Singapura mengumumkan rejim ujian saringan tujuh hari dilanjutkan hingga empat minggu bagi pengembara yang tiba melalui VTL untuk memudahkan pengesanan kes Omicron yang diimport.
Dalam satu kenyataan berasingan kepada media, MTF berkata kes import kini menyumbang kepada jumlah kecil daripada keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di Singapura, justeru langkah awal itu kini dilihat kurang relevan.
MTF juga mengumumkan akan terus mengekalkan had bilangan penumpang sebanyak 50 peratus bagi tiket penerbangan dan bas VTL ke Singapura buat masa ini.
Mengenai situasi semasa COVID-19, Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan bahawa bilangan kes Omicron telah meningkat secara mendadak terutamanya sejak beberapa hari lalu.
Beliau percaya bahawa kira-kira 75 peratus kes harian di negara itu membabitkan varian Omicron.
"Tetapi pada hakikatnya, kadar itu mungkin lebih tinggi, mungkin mencecah 90 peratus atau lebih. Omicron jelas mendominasi berbanding varian Delta di Singapura," katanya.
Gan berkata memandangkan varian Omicron lebih mudah berjangkit, kemungkinan besar "kita akan melihat gelombang baharu yang ketara tidak lama lagi."
Beliau berharap orang ramai terus berwaspada terutama ketika musim Perayaan Tahun Baharu Cina.
"Langkah pengurusan selamat (SMM) yang telah disediakan akan membantu mengurangkan risiko penularan dan mengurangkan tekanan pada sistem kesihatan. Kami akan mengekalkan SMM buat masa ini," katanya.
Gan mengingatkan bahawa mereka perlu bersedia menghadapi kemungkinan sebahagian besar tenaga kerja dijangkiti COVID-19.
"Sekiranya kita mempunyai, sebagai contoh 15,000 kes sehari, yang boleh terjadi dan mereka tidak dapat bekerja untuk kira-kira lima hari... kita akan dapati sekitar 75,000 pekerja tidak hadir akibat COVID-19.
"Ditambah dengan kes kontak rapat serta terpaksa kuarantin diri... jumlahnya pasti lebih tinggi dan mereka mungkin pekerja di syarikat tertentu atau sektor tertentu.
"Oleh itu, perkhidmatan mungkin terganggu dari semasa ke semasa. Ia berdasarkan pengalaman negara lain dan kita tidak boleh pandang remeh," jelasnya.
Oleh itu, beliau berkata sektor perniagaan harus menyediakan pelan sandaran bagi kesinambungan dan mengurangkan gangguan terhadap operasi terutamanya membabitkan sektor perkhidmatan penting.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022

Pada 31 Dis 2021, Singapura mengumumkan rejim ujian saringan tujuh hari dilanjutkan hingga empat minggu bagi pengembara yang tiba melalui VTL untuk memudahkan pengesanan kes Omicron yang diimport.- Gambar fail/REUTERS

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.