Skip to main content

Dunia

Singapura nasihat rakyatnya tangguh perjalanan ke Arab Saudi

Arab Saudi mengalami peningkatan serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan penerbangan awam, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid (KKIA) di Riyadh. - Foto fail/REUTERS
Arab Saudi mengalami peningkatan serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan penerbangan awam, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid (KKIA) di Riyadh. - Foto fail/REUTERS

Advertisement

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menasihatkan rakyatnya agar menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi susulan peningkatan risiko keselamatan di rantau itu, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Dalam nasihat perjalanan yang disiarkan pada Selasa, MFA berkata Arab Saudi mengalami peningkatan serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan penerbangan awam, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid (KKIA) di Riyadh, serta infrastruktur tenaga.

“Rakyat Singapura yang kini berada di Arab Saudi dinasihatkan supaya mengelakkan perjalanan ke KKIA dan kawasan berisiko tinggi yang lain sehingga diberitahu kelak, selain mengelakkan perjalanan yang tidak penting dalam negara itu.

“Mereka perlu terus memantau berita tempatan dengan teliti dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.

MFA turut menasihatkan rakyat Singapura yang perlu melakukan perjalanan ke Arab Saudi atau kini berada di Asia Barat supaya bersedia menghadapi gangguan perjalanan dalam masa yang singkat.

“Mereka amat digalakkan untuk mendaftar secara elektronik dengan MFA menerusi https://eregister.mfa.gov.sg bagi membolehkan kami menghubungi mereka apabila diperlukan.

“Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Riyadh, Konsulat Jeneral Singapura di Jeddah atau Pejabat Bertugas MFA,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement