SINGAPURA: Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura telah mengarahkan lima platform media sosial untuk menyekat 95 akaun dalam talian yang berkaitan dengan usahawan China, Guo Wengui serta organisasi yang bersekutu dengannya, daripada diakses oleh pengguna akhir di Singapura.
MHA berkata pihaknya mengeluarkan Arahan Sekatan Akaun (ARD) di bawah Akta Campur Tangan Asing (Langkah Tindakan Balas) 2021 (FICA) kepada X, Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok, selepas rangkaian 92 akaun media sosial menyiarkan 120 hantaran mengandungi video mengenai peralihan kepimpinan Singapura.
Kementerian itu berkata hantaran berkenaan, yang diterbitkan antara 17 April dan 10 Mei, disiarkan secara terkoordinasi dan mengandungi naratif yang mendakwa Singapura berada dalam kawalan seorang pelakon asing, dan pelakon asing itu terlibat dalam pemilihan pemimpin generasi keempat Singapura.
"Menteri Dalam Negeri berpendapat bahawa syarat-syarat di bawah seksyen 21(1) FICA telah dipenuhi dan telah mengesahkan pengeluaran ARD kepada lima platform media sosial itu.
"ARD akan memerlukan platform media sosial untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk menamatkan sebarang fungsi perkhidmatan mereka yang membolehkan interaksi antara akaun yang dinyatakan dan pengguna akhir yang berada secara fizikal di Singapura," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ini adalah kali pertama ARD dikeluarkan di bawah FICA sejak undang-undang itu diluluskan pada 2021, lapor media tempatan.
Siasatan MHA mendapati bahawa 92 akaun ini adalah sebahagian daripada rangkaian yang berkaitan dengan Guo, organisasi yang bersekutu dengannya, New Federal State of China (NFSC) dan Himalaya Supervisory Organisation (HSO) manakala tiga lagi milik cabang HSO di Singapura (Himalaya Singapore).
NFSC adalah kumpulan politik dan lobi sayap kanan yang ditubuhkan oleh Guo dan Steve Bannon.
"Kami juga mendapati bahawa menurut kajian oleh Graphika pada 2021, Guo berada di tengah-tengah rangkaian luas entiti media dan akaun media sosial yang saling berkaitan yang menyebarkan maklumat salah di pelbagai platform," kata MHA.
Kementerian itu berkata tindakan terkoordinasi Guo dan rekod penggunaan Singapura untuk mendorong agenda mereka menunjukkan kesanggupan dan keupayaan untuk menyebarkan naratif palsu yang merugikan kepentingan republik itu, dan masa hantaran terkoordinasi yang bertepatan dengan tempoh peralihan kepimpinan politik Singapura menunjukkan perancangan dan tindakan yang disengajakan.
"Oleh itu, terdapat asas untuk mempercayai bahawa rangkaian Guo boleh dan mungkin menggunakan 95 akaun ini untuk melancarkan kempen maklumat bermusuhan (HIC) yang disasarkan secara langsung kepada Singapura. HIC boleh menjejaskan kedaulatan dan perpaduan sosial," katanya.
Reuters melaporkan bahawa Guo, seorang penentang lantang Kerajaan China, disabitkan kesalahan di mahkamah Amerika Syarikat pada 16 Julai atas sembilan daripada 12 pertuduhan jenayah yang dihadapinya, termasuk konspirasi pemerasan dan wire fraud. Guo telah dipenjarakan sejak ditangkap pada Mac 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024

Ini adalah kali pertama ARD dikeluarkan di bawah FICA sejak undang-undang itu diluluskan pada 2021, lapor media tempatan. - Foto Unsplash

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

Singapura perkenal rang undang-undang kekalkan keharmonian kaum
Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu di Parlimen pada Selasa.

Singapura sekat 95 akaun media sosial di bawah Akta Campur Tangan Asing
Kementerian Dalam Negeri Singapura mengarahkan lima platform media sosial untuk menyekat 95 akaun dalam talian yang berkaitan dengan usahawan China, Guo Wengui.

Singapura bidas laporan 3,500 individu asing berpendapatan tinggi diberi kerakyatan
Kementerian Dalam Negeri Singapura sifatkan jangkaan firma asing itu sebagai 'mengelirukan dan tidak berasas.'

Anggota Rela disogok diminta lapor SPRM - TPM
Tiga anggota Rela diminta membuat laporan kepada SPRM selepas didakwa disogok oleh lelaki bergelar Datuk Seri.