MOGADISHU : Kementerian Komunikasi dan Teknologi Somalia pada Ahad memutuskan untuk melarang penggunaan platform media sosial TikTok dan Telegram serta platform pertaruhan dalam talian 1XBET.
Larangan itu dibuat susulan persidangan keselamatan komunikasi, internet dan media sosial yang dianjurkan oleh kementerian itu serta menggariskan kesan negatif platform terbabit terhadap kehidupan belia Somalia, lapor Agensi Anadolu.
Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Teknologi Jama Hassan Khalif.
Khalif berkata Somalia telah melaksanakan larangan kontroversi itu untuk "melindungi tingkah laku moral masyarakat Somalia apabila menggunakan alat komunikasi dan internet."
TikTok, platform perkongsian video yang dikenali dengan cabaran viral dan kandungan ringkasnya, sebelum ini telah dikritik beberapa kerajaan Afrika kerana menggalakkan trend yang mungkin mempengaruhi fikiran.
Telegram, aplikasi pemesejan yang sering digunakan untuk perbualan kumpulan peribadi, juga telah menimbulkan kebimbangan keselamatan di seluruh Afrika, kerana ia boleh digunakan untuk memudahkan aktiviti haram.
Sementara itu, 1XBet menimbulkan kebimbangan tentang potensi ketagihan judi di kalangan belia.
Khalif berkata ketiga-tiga platform itu memberi impak besar kepada kehidupan belia Somalia.
Perhimpunan Kebangsaan Kenya sedang mengkaji petisyen untuk melarang TikTok kerana kurangnya peraturan dan kebimbangan terhadap kandungan eksplisit.
Petisyen itu menegaskan bahawa kandungan eksplisit TikTok menjejaskan nilai budaya dan agama Kenya dengan mempromosikan keganasan, ucapan bencian dan kelucahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
![Somalia haramkan TikTok, Telegram, 1XBET Somalia haramkan TikTok, Telegram, 1XBET](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691208235_banningTikTok.jpg)
Somalia telah melaksanakan larangan kontroversi itu untuk "melindungi tingkah laku moral masyarakat Somalia apabila menggunakan alat komunikasi dan internet." - Foto AP
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739955408_NgSzeHan.jpg)
Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.
![Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739958065_HajijiNoor.jpg)
Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
![Lagi serangan bom di Somalia, tujuh maut Lagi serangan bom di Somalia, tujuh maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729227487_MatiMayatBunuh.jpg)
Lagi serangan bom di Somalia, tujuh maut
Tujuh orang termasuk anggota polis terbunuh pada Khamis selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di persimpangan sibuk di Mogadishu, ibu kota Somalia, menurut polis.
![WHO tingkatkan usaha tangani kolera di Somalia WHO tingkatkan usaha tangani kolera di Somalia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663135636_SOMALIA.jpg)
WHO tingkatkan usaha tangani kolera di Somalia
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata badan kesihatan dunia itu akan meningkatkan usaha membendung penularan kolera di Somalia.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Somalia haramkan TikTok, Telegram, 1XBET Somalia haramkan TikTok, Telegram, 1XBET](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691208235_banningTikTok.jpg)
Somalia haramkan TikTok, Telegram, 1XBET
Kementerian Komunikasi dan Teknologi Somalia memutuskan untuk melarang penggunaan TikTok dan Telegram serta platform pertaruhan dalam talian 1XBET.
![Somalia: Pasukan ATMIS bunuh militan al-Shabaab Somalia: Pasukan ATMIS bunuh militan al-Shabaab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688830536_ATMISSomalia.jpg)
Somalia: Pasukan ATMIS bunuh militan al-Shabaab
Misi Peralihan Kesatuan Afrika (AU) di Somalia (ATMIS) berkata tenteranya membunuh dua militan al-Shabaab selain pada petang Jumaat di Beled Amin, barat daya Somalia.
![Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam serangan hotel di Somalia Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam serangan hotel di Somalia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686394310_PearlBeachRestaura.jpg)
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam serangan hotel di Somalia
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala 10 yang lain cedera dalam serangan di sebuah hotel di Mogadishu, pada Jumaat malam.
![Malaysia berhasrat perkukuh hubungan dengan Somalia - PM Anwar Malaysia berhasrat perkukuh hubungan dengan Somalia - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669476332_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia berhasrat perkukuh hubungan dengan Somalia - PM Anwar
Malaysia berhasrat untuk terus meneroka cara memperkukuh hubungan dua hala dengan Somalia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Letupan bom di Somalia ragut sekurang-kurangnya 20 nyawa Letupan bom di Somalia ragut sekurang-kurangnya 20 nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658978989_GenericLetupan.jpg)
Letupan bom di Somalia ragut sekurang-kurangnya 20 nyawa
Seorang pengebom bertindak meletupkan dirinya sehingga mengorbankan 13 orang, termasuk Datuk Bandar Abdullahi Ali Wafow.
![Menteri kesihatan, orang awam cedera serangan bom kereta di Somalia Menteri kesihatan, orang awam cedera serangan bom kereta di Somalia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658070622_TBShootingArkansas.jpg)
Menteri kesihatan, orang awam cedera serangan bom kereta di Somalia
Ramai dilaporkan cedera dalam satu insiden serangan bom kereta yang menyasarkan sebuah hotel popular di bandar Jowhar, selatan Somalia pada Ahad, menurut pihak berkuasa.
![Somalia beri amaran bakal hadapi kebuluran yang teruk Somalia beri amaran bakal hadapi kebuluran yang teruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654038515_TBFOODCRISIS.jpg)
Somalia beri amaran bakal hadapi kebuluran yang teruk
6.1 juta rakyat Somalia berdepan tahap bekalan makanan tidak terjamin yang melampau.