LONDON: Seekor haiwan gergasi yang ditemui di Laut Merah akhirnya dikenal pasti sebagai sotong yang saiznya lebih besar daripada manusia.
Haiwan itu dikenal pasti pada bulan lalu sebagai sotong 'purpleback' terbang pada kedalaman lebih 853 meter.
Ia dikenal pasti selepas melihat rakaman video yang dirakamkan menerusi piring selam kawalan jauh (ROV).
Piring selam itu boleh menyelam sehingga hampir 6,000 meter.
Ketika melakukan misi itu, kumpulan berkenaan menaiki kapal Ocean Xplorer.
Ia merupakan kapal seberat 40 tan dan dilengkapi dengan peralatan ROV.
Rakaman itu dilakukan pada tahun lalu oleh sebuah kumpulan dikenali sebagai Ocean X.
Kumpulan itu terdiri daripada sekumpulan ahili- ahli biologi, media dan pembikin filem.
Ketika rakaman itu dibuat, kumpulan tersebut mahu meneroka Laut Merah yang terletak antara Afrika dan Asia dan mencari bangkai kapal 'Pella'.
Dalam misi untuk mencari bangkai kapal 'Pella' yang karam pada November 2011 itu, anggota-anggota kumpulan tersebut mengesan kehadiran sotong gergasi yang sedang menyelam.
Jenis sotong itu masih belum diketahui sehingga ia dikenal pasti pada bulan lalu.
Kapal 'Pella' karam pada November 2011 ketika belayar ke Pelabuhan Nuweiba, Mesir.
Ketika karam, ia membawa 1,229 penumpamg tetapi karam di luar pantai Aqaba, Jordan selepas terbakar tetapi hanya seorang sahaja yang maut dalam kejadian itu. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 11 2021
Imej seekor sotong gergasi yang sedang menyelam di Laut Merah dirakamkan oleh piring selam kawalan jauh pada tahun lalu. - Foto Ocean X
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Bangkai sotong gergasi terdampar di pantai
Berdasarkan kepada luka yang terdapat pada bangkai haiwan itu, ia dipercayai mati selepas dilanggar oleh kapal di laut.
Sotong gergasi misteri Laut Merah dikenali pasti sebagai 'purpleback'
Haiwan itu dikenal pasti pada bulan lalu sebagai sotong 'purpleback' terbang pada kedalaman lebih 853 meter.