PATTANI: Tiga insiden serangan yang menyasarkan stesen kereta api berlaku serentak pada Jumaat malam di tiga wilayah selatan Thailand.
Di YALA, dalam kejadian kira-kira 8 malam (waktu tempatan) pada Jumaat, landasan kereta api di pekan Yala rosak selepas dua lelaki melontarkan bom paip dan menyasarkan anggota polis yang sedang bertugas.
Pemangku Ketua Stesen Kereta Api Yala Thada Boorueang berkata rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal melontarkan bom paip ke arah anggota yang sedang bertugas.
"Anggota polis berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan...
"Landasan kereta api mengalami sedikit kerosakan. Pasukan teknikal akan membuat pemeriksaan dan penilaian. Kerja-kerja pembaikan akan dimulakan secepat mungkin," katanya.
Di PATTANI, insiden tembakan rambang dilaporkan berlaku di Stesen Kereta Api Wat Chang Hai dan Pattani di daerah Khok Pho.
Ketua Polis Wilayah Pattani Mejar Jeneral Archan Chansiri berkata dalam insiden kira-kira 8.20 malam itu, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan secara rambang ke arah kedua-dua stesen kereta api.
Namun, tiada orang awam di tempat kejadian kecuali polis dan pegawai State Railway of Thailand (SRT).
"Polis menemukan 13 kelonsong peluru jenis M16 di tempat kejadian," katanya.
Di NARATHIWAT, insiden berbalas tembakan berlaku antara polis dengan sekumpulan lelaki bersenjata di Stesen Kereta Api Chok Irong.
Dalam insiden kira-kira 8.30 malam itu, Ketua Polis Narathiwat Mejar Jeneral Anurut Im-arb berkata sekurang-kurang 10 lelaki bersenjata telah mengepong Stesen Kereta Api Chok Irong dan melepaskan tembakan.
"Insiden berbalas tembakan berlaku kira-kira 10 minit. Tiada kecederaan dilaporkan. Serangan itu dipercayai untuk menimbulkan suasana panik dalam kalangan penduduk tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023

Anggota skuad pemusnah bom membuat pemeriksaan di sekitar Stesen Kereta Api Wat Chang Hai di daerah Khok Pho Pattani selatan Thailand pada Sabtu. - Bernama
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Thailand seru rakyatnya di Malaysia pulang, teroka peluang pekerjaan
Ramai rakyat Thailand, terutama dari wilayah selatan berhijrah ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan serta restoran.

Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand
Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, selatan Thailand, pagi Isnin.

Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.

Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.

Thailand bersiap sedia hadapi gelombang kedua hujan lebat, banjir di wilayah selatan
Antara wilayah yang dijangka terjejas termasuk Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Ranong, Trang, Pattani, Yala, dan Narathiwat.

14 wilayah selatan Thailand ambil langkah waspada hadapi banjir 3-5 Disember
Antara wilayah terlibat adalah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat, Phang Nga, Phuket, Krabi dan Satun.

Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas

Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir selepas hujan lebat 5 hari
Kawasan perdagangan utama di Pattani mengalami banjir teruk akibat limpahan Sungai Pattani, dengan paras air mencecah sehingga satu meter.