MEKAH: Doa seorang suami kepada isteri adalah supaya sentiasa diberikan yang terbaik. Itulah juga doa Mohd Azmil Abdul Hanid, suami kepada Allahyarham Zuraida Haris yang meninggal dunia di Tanah Suci pada 10 Jun lepas, lima hari sebelum umat Islam berwukuf di Arafah.
Mohd Azmil, 38, sempat mendoakan pengakhiran yang terbaik untuk Zuraida, beberapa jam sebelum Allahyarham menutup usianya pada angka 37 tahun, semasa isterinya itu bertarung nyawa tidak sedarkan diri selama enam hari.
"Pada hari terakhir dia ada di dunia ini, saya masih ingat, saya seorang diri, menaiki teksi ke Masjidilharam dan melakukan tawaf sunat. Semasa tawaf, saya benar-benar bermohon supaya Allah memberikan yang terbaik kepada keadaan isteri saya, yang koma sejak 4 Jun lagi. Selepas pusingan ke tujuh dan selesai tawaf, saya sedih sangat, saya terima panggilan telefon minta saya bersabar kerana isteri saya sudah tiada.
"Rupa-rupanya pengakhiran yang terbaik itu adalah kematian isteri saya, tetapi saya reda sebab di Tanah Suci ini tempat sebaik-baiknya untuk disemadikan," kata Mohd Azmil yang ditemui media di Hotel Land Premium di Mekah.
Dia dan empat lagi waris jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia baru-baru ini sebelum itu disantuni Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, yang meluangkan masa setengah jam bertanya khabar dan berkongsi kesedihan mereka.
Zuraida menghembuskan nafas terakhir di Hospital King Abdul Aziz di Mekah dengan punca kematiannya disebabkan pendarahan pada otak di sebelah kanan.
Allahyarham, ibu kepada seorang anak disemadikan pada pagi Selasa (11 Jun) di Tanah Perkuburan Shuhada Al-Haram di Mekah.
Ditanya jika Zuraida ada sebarang penyakit semasa sebelum ke Tanah Suci, Mohd Azmil memaklumkan, dia dan isteri alami demam semasa mengerjakan umrah kali kedua, beberapa hari sebelum Allahyarham tidak sedarkan diri.
"Selepas umrah itu, saya baik daripada demam, tetapi isteri saya masih demam, tidak sembuh-sembuh sehingga dia tidak sedarkan diri dan dibawa dengan ambulans ke Hospital King AbdulAziz. Doktor ada memberitahu saya, isteri saya mungkin sembuh, tetapi hari ke hari, tekanan darahnya mula turun. Kesihatannya mula merosot, ketika itu saya menemaninya setiap hari, sehingga doktor katakan saya perlu pulang dan mendoakan yang terbaik untuknya," katanya yang berasal dari Pahang.
Mohd Azmil berkata, walaupun sedih kerana kehilangan isteri, dia perlu fokus kepada ibadah semasa hari Arafah dan operasi Masyair.
"Saya bersyukur, urusan badal haji untuk isteri, saya dah tunaikan tanggungjawab sebagai suami, saya sudah tandatangani borang untuk badal haji dan Alhamdulillah, Tabung Haji akan uruskan kesemuanya," tambahnya.
Ditanya bagaimana dia mahu mengenang Zuraida, yang dikahwininya selama 12 tahun, dia berkata, "Arwah seorang yang baik, ikhlas dan taat."
"Dia mengajar mengaji, untuk tambah pendapatan. Bila malam, saya dan anak sudah sudah, dia masih lagi mengajar orang lain mengaji Al-Quran. Ramai anak muridnya bersedih, bila dengar berita kematiannya," ujar Mohd Azmil.
Zuraida, seorang guru KAFA di Ampang, Selangor, merupakan jemaah haji Malaysia kelima yang meninggal dunia di Mekah.
Sebelum ini empat jemaah yang meninggal dunia ialah masing-masing tiga lelaki dan seorang wanita.
Mereka ialah Abnil Hajar Ismail, 72, dari Kedah yang meninggal dunia pada 24 Mei lepas.
Manakala, pada 29 Mei lepas, kematian kedua menimpa Mohd Zahir Ismail, 58, yang menghembuskan nafas terakhir semasa tawaf umrah pertama akibat diserang sakit jantung.
Pada 7 Jun lalu, dua lagi jemaah Malaysia meninggal dunia ialah Ghazali Ahmad, 71, dari Kedah, dan Noormadiah Mat Ali, 53, dari Terengganu.
Punca kematian mereka masing-masing adalah disebabkan kegagalan buah pinggang dan sumbatan pembuluh darah di perut serta jangkitan kuman pada paru-paru.
Kuota jemaah haji Malaysia pada tahun ini yang diberikan Arab Saudi ialah seramai 31,600 orang dengan kesemuanya kini berada di Mekah dan bersiap-sedia untuk berwukuf.
Dr Azlinariah Abdullah
Wed Jun 12 2024

Zuraida, seorang guru KAFA di Ampang, Selangor, merupakan jemaah haji Malaysia kelima yang meninggal dunia di Mekah. - Gambar Astro AWANI
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Perbincangan pengambilan semula aset TH dari UJSB dimuktamad dalam suku pertama 2025 - Mohd Na'im
Perbincangan berhubung pengambilan semula aset TH yang diserahkan kepada Urusharta Jamaah, dijangka dimuktamadkan suku pertama 2025.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

TH, Saudia Airlines meterai perjanjian penerbangan sewa khas lima tahun
Lembaga Tabung Haji memeterai perjanjian dengan syarikat penerbangan Saudia Airlines bagi menyediakan penerbangan sewa khas untuk membawa jemaah haji negara ke tanah suci.

Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.

Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.

Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

6,000 bakal jemaah terima tawaran haji setakat hari ini - Mohd Na'im
Kira-kira 6,000 bakal jemaah telah bersetuju menerima tawaran haji bagi musim 1446H/2025 setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Karnival PJH tawar pakej haji ekonomi di bawah RM55,000
Karnival PJH yang diadakan di Movenpick Hotel and Convention Centre di sini menawarkan pakej haji ekonomi dengan harga di bawah RM55,000.