BEIRUT: Gelombang haba yang mencengkam kawasan di utara dan barat laut Syria telah mencetuskan beberapa kejadian kebakaran, selain meragut nyawa dan mencederakan penduduk, termasuk kanak-kanak, menurut kumpulan pertahanan awam White Helmets pada Rabu.
Menurut White Helmets, kebakaran membahayakan nyawa kanak-kanak dan warga emas yang tinggal di kem pelarian.
Ketua White Helmets, Raed Saleh, berkata setakat bulan ini, kebakaran telah mengakibatkan kematian tiga kanak-kanak dan dua lagi cedera.
"Jumlah kebakaran meningkat pada bulan Julai di kawasan luar bandar Idlib dan Aleppo," katanya kepada Agensi Berita Jerman (dpa).
Beliau berkata setakat Julai ini, pasukan itu telah mengendalikan lebih 280 kes kebakaran.
"Kira-kira 120 kebakaran berlaku di kawasan pertanian, 53 di rumah penduk tempatan dan 16 di kem pelarian," katanya.
Ketua kem pelarian di Maaret Masreen dekat Idlib di barat laut Syria, Abdel Salam Mohammed, berkata suhu tinggi telah menjejaskan kanak-kanak dan warga emas.
"Kebanyakan khemah kami tidak mempunyai sistem pengasingan untuk melindungi daripada haba pada musim panas atau sejuk pada musim sejuk," katanya.
Suhu kini berada pada paras 36 darjah Celsius, dengan suhu di wilayah sekitar Idlib dijangka meningkat kepada lebih 40 darjah menjelang hujung minggu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Suhu kini berada pada paras 36 darjah Celsius, dengan suhu di wilayah sekitar Idlib dijangka meningkat kepada lebih 40 darjah menjelang hujung minggu. - Gambar Reuters/Yamam al Shaar

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.

Lawatan Presiden Syria tanda bermula 'era persahabatan, kerjasama berkekalan' - Erdogan
Erdogan menegaskan komitmen Turkiye terhadap keutuhan wilayah dan perpaduan Syria.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.

Ahmad al-Sharaa diisytihar sebagai Presiden Syria untuk fasa peralihan
Presiden baharu menekankan pentingnya menghormati kepelbagaian etnik dan mazhab di Syria serta menjamin keselamatan semua rakyat.

Bashar al-Assad has fallen, what’s the story of Syria now?
Astro AWANI's Social Media Editor, Hilal Azmi shares his reflections from the ground in Aleppo, Syria, following the fall of Bashar al-Assad.