L'Oreal, syarikat kosmetik terbesar di dunia, akan membuang semua perkataan yang merujuk kepada 'memutih', 'cerah' dan 'bersinar' dari kempen produk pemakaian malam, kata jurucakapnya pada Jumaat.
Ia berlaku sehari selepas syarikat Unilever membuat pengumuman sama selepas menerima kritikan di media sosial.
Unilever dan L'Oreal adalah antara syarikat terbesar dalam pasaran global bagi krim pemutih kulit, yang memiliki ramai pengguna setia di Asia, Afrika dan Caribbean.
Unilever menjadi sasaran utama kritikan menerusi jenama Fair & Lovely, ketika banyak demonstrasi diadakan di seluruh dunia sejak beberapa minggu lalu, susulan kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam ketika ditahan polis di Amerika Syarikat, pada Mei.
Syarikat Johnson & Johnson pula mengambil langkah lebih drastik apabila bertindak menghentikan penjualan krim pemutih kulit di Asia dan Asia Barat, di bawah jenama Neutrogena dan Clean & Clear.
Agensi
Sun Jun 28 2020

Tiada lagi perkataan yang merujuk kepada 'putih', 'cerah' dan 'bersinar'.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Syarikat kosmetik ambil langkah buang perkataan bawa maksud 'memutihkan'
L'Oreal membuang semua perkataan yang merujuk kepada 'putih', 'cerah' dan 'bersinar'.