Skip to main content

Dunia

Syarikat penerbangan terbesar India naikkan caj tambahan bahan api susulan peningkatan harga

Caj tambahan bahan api bagi laluan domestik IndiGo akan dinaikkan kepada antara 375 rupee dan 1,300 rupee. - Gambar hiasan
Caj tambahan bahan api bagi laluan domestik IndiGo akan dinaikkan kepada antara 375 rupee dan 1,300 rupee. - Gambar hiasan

Advertisement

NEW DELHI: Syarikat penerbangan terbesar India, IndiGo mengumumkan  pada Isnin bahawa ia akan menaikkan caj tambahan bahan api bagi penerbangan domestik dan antarabangsa  berikutan peningkatan harga Bahan Api Turbin Penerbangan (ATF), lapor Xinhua.

Dasar caj tambahan bahan api baharu itu berkuat kuasa pada Selasa.

Menurut syarikat penerbangan berkenaan, kenaikan harga ATF berbanding bulan sebelumnya adalah melebihi 14 peratus, sekali gus melonjakkan kos bahan api ke paras tertinggi dalam tempoh sedekad lepas.

Syarikat itu menyatakan caj tambahan bahan api bagi laluan domestik akan dinaikkan kepada antara 375 rupee (kira-kira US$3.89) dan 1,300 rupee (US$13.49), berbanding julat terdahulu iaitu 275 hingga 950 rupee (US$2.85 hingga US$9.86).

Kenaikan caj tambahan itu turut dikuatkuasakan bagi penerbangan antarabangsa, menurut syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA-XINHUA 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement