TEHRAN: Tentera Syria dan kumpulan pengganas Daesh sekali lagi bertempur dalam serangan paling hebat dilaporkan di tengah Syria, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Menurut laman sesawang The New Arab yang memetik aktivis media di Deir Ezzor, Abu Omar Al-Bukmali, pada Ahad malam, serangan tentera Syria dalam beberapa hari kebelakangan ini merupakan antara serangan tentera terbesar di padang pasir Syria.
Beliau berkata kenderaan tentera dan briged Divisyen ke-25, Divisyen ke-5 tentera Syria dan Bahagian Pengawal Presiden Syria turut serta dalam operasi ketenteraan itu.
Serangan besar-besaran tentera Syria telah dilakukan di Rasafa di Raqqa, Athriya di pinggir bandar Hama, Sheikh Hilal di pinggir bandar Aleppo dan sehingga ke kawasan Al-Tanf di sempadan Syria, Jordan dan Iraq.
Kementerian Pertahanan Rusia juga mengumumkan dua hari lepas bahawa ia telah melancarkan serangan udara dan menyasarkan kedudukan pengganas di Al-Tanf, timur Syria yang berada di bawah kawalan tentera Amerika.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di London, juga melaporkan bahawa pengganas Daesh telah melakukan serangan berasingan ke atas konvoi tentera Syria di Al-Amur di pinggir timur Homs, Al-Bukmal di pinggir Deir Ezzor, membunuh sekurang-kurangnya 10 anggota tentera Syria.
Kementerian Pertahanan Syria juga mengesahkan pada Ahad bahawa unit aktifnya bertempur dengan kumpulan pengganas yang berkaitan dengan Daesh di padang pasir Syria.
--BERNAMA-IRNA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Kementerian Pertahanan Syria mengesahkan unit aktifnya bertempur dengan kumpulan pengganas yang berkaitan dengan Daesh di padang pasir Syria. - Gambar/ Reuters

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Syria gempur kedudukan Daesh dengan sokongan Rusia
Tentera Syria dan kumpulan pengganas Daesh sekali lagi bertempur dalam serangan paling hebat dilaporkan di tengah Syria, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).