Dalam satu kenyataan, ICA menasihatkan pengembara untuk "menjangkakan kelewatan dan mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen" dari 24 Jan hingga 2 Feb, memetik pemeriksaan yang dipertingkatkan masih dijalankan.
Pihak berkuasa itu turut menekankan peningkatan mendadak dalam jumlah pengembara semasa cuti sekolah akhir tahun baru-baru ini, apabila lebih 24 juta pengguna melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, peningkatan 20 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pada 20 Disember 2024, sebanyak 562,000 lintasan yang memecahkan rekod dicatatkan dalam sehari, mengatasi rekod sebelum ini iaitu lebih 553,000 lintasan pada 13 Disember 2024.
"Pengguna kenderaan terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk pemeriksaan imigresen semasa waktu puncak, disebabkan kesesakan lalu lintas dari Malaysia," menurut ICA.
ICA turut mengemukakan beberapa cadangan untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar, termasuk memastikan pasport mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan dan mengelakkan membawa barangan larangan atau terkawal.
-- BERNAMA