GENEVA: Laporan baharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memberi amaran bahawa antara 2020 dan 2030 hampir setengah bilion orang dikhuatiri akan menghidap penyakit jantung, obesiti, diabetes atau penyakit tidak berjangkit (NCD) lain disebabkan oleh ketidakaktifan fizikal.
Menurut Anadolu Agency yang memetik laporan WHO, keadaan ini boleh menyebabkan dunia kehilangan AS$27 bilion setahun jika kerajaan-kerajaan gagal mengambil tindakan segera.
Laporan status global mengenai aktiviti fizikal 2022 yang mengukur sejauh mana kerajaan-kerajaan melaksanakan cadangan untuk meningkatkan aktiviti fizikal secara menyeluruh, menunjukkan ianya tidak memadai.
"Kami memerlukan lebih banyak negara meningkatkan pelaksanaan dasar untuk membantu orang ramai menjadi lebih aktif melalui aktiviti berjalan kaki, berbasikal, sukan dan aktiviti fizikal lain," kata Ketua Pengarah WHO Tedros Ghebreyesus.
"Manfaatnya sangat besar, bukan sahaja untuk kesihatan fizikal dan mental individu, malah untuk masyarakat, persekitaran dan ekonomi."
Menurut laporan itu, pandemik COVID-19 mendedahkan pentingnya aktiviti fizikal yang kerap untuk kesihatan mental dan fizikal.
Ia juga menunjukkan ketidaksamaan dalam akses dan peluang bagi sesetengah komuniti untuk aktif secara fizikal.
"Pandemik COVID-19 menunjukkan aktiviti fizikal perlu menjadi komponen teras dasar awam, dengan semua negara memastikan peluang aktiviti fizikal yang saksama untuk semua," kata laporan itu.
Data daripada 194 negara menunjukkan secara keseluruhan, kemajuannya perlahan dan kerajaan mesti menyegerakan dasar meningkatkan tahap aktiviti fizikal untuk mencegah penyakit selain mengurangkan beban kepada sistem penjagaan kesihatan yang sudah terbeban.
Kurang daripada 50 peratus negara mempunyai dasar aktiviti fizikal masing-masing namun 40 peratus daripadanya kurang beroperasi.
Hanya 30 peratus negara mempunyai garis panduan aktiviti fizikal kebangsaan untuk semua kumpulan umur.
"Kami tiada petunjuk yang diluluskan di peringkat global bagi mengukur akses ke taman, lorong berbasikal, laluan pejalan kaki - walaupun kami tahu data itu wujud di beberapa negara," menurut Agensi Anadolu yang memetik Fiona Bull, ketua Unit Aktiviti Fizikal WHO, pada sidang akhbar PBB .
"Oleh itu, kami tidak dapat melaporkan atau menjejaki penyediaan infrastruktur global yang akan memudahkan peningkatan dalam aktiviti fizikal."
Laporan itu menyebut bahawa walaupun hampir semua negara melaporkan terdapat sistem untuk memantau aktiviti fizikal dalam kalangan orang dewasa, 75 peratus hanya memantau aktiviti fizikal dalam kalangan remaja dan kurang daripada 30 peratus memantau aktiviti fizikal pada kanak-kanak bawah lima tahun.
Beban ekonomi akibat ketidakaktifan fizikal adalah ketara dengan kos rawatan kes baharu NCD akan mencecah hampir AS$300 bilion menjelang 2030 atau kira-kira AS$27 bilion setahun, kata laporan itu.
Walaupun dasar negara untuk menangani NCD dan ketidakaktifan fizikal telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, 28 peratus dilaporkan tidak dibiayai atau dilaksanakan.
Laporan itu meminta negara-negara supaya mengutamakan aktiviti fizikal sebagai kunci untuk meningkatkan kesihatan dan menangani NCD, menyepadukan aktiviti fizikal ke dalam semua dasar yang berkaitan, dan membangunkan alat, panduan dan latihan untuk menambah baik pelaksanaannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Manfaat aktiviti fizikal sangat besar, bukan sahaja untuk kesihatan fizikal dan mental individu, malah untuk masyarakat, persekitaran dan ekonomi. - Fail
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.

AS$10 bilion diperlukan untuk pulihkan sistem kesihatan Gaza - WHO
WHO memerlukan akses yang pantas, tanpa halangan dan selamat untuk mempercepatkan aliran bantuan ke Gaza.

12 pesakit dari Gaza dipindahkan ke Eropah untuk terima rawatan
Diiringi 35 ahli keluarga, pesakit dari Gaza itu tiba di Albania, Perancis, Norway dan Romania semalaman untuk mendapatkan rawatan khusus di negara berkenaan.

Larangan merokok termasuk di pejabat swasta tindakan tepat, strategik
Larangan merokok di beberapa kawasan dan premis termasuk di tempat kerja swasta yang berkuat kuasa semalam, merupakan tindakan tepat dan strategik.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.

Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.

Maghribi sahkan kes pertama MPOX
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi melaporkan kes pertama mpox di bandar selatan Marrakech pada Khamis, Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi MAP.

Penduduk Palestin zahir harapan genjatan senjata kekal
Penduduk Palestin terus menzahirkan harapan gencatan senjata yang kekal dapat dilaksanakan selepas 11 bulan konflik di Gaza.