Skip to main content

Dunia

Tembakan di Minneapolis: Angka kematian meningkat kepada tiga, enam cedera

Law enforcement respond to a shooting Wednesday, Sept. 2, 2026, in downtown Minneapolis. (AP Photo/Ellen Schmidt)
Keadaan di luar pangsapuri susulan kejadian tembakan di Minneapolis, 2 Sept 2026. (Foto AP)
Advertisement

LOS ANGELES: Dua orang terbunuh manakala suspek turut maut dalam insiden tembakan pada Rabu di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua memetik laporan stesen televisyen tempatan KSTP.

Suspek dilaporkan membunuh diri, manakala enam yang lain termasuk tiga anggota polis cedera.

Pihak berkuasa Minneapolis menerusi hantaran di X berkata anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian kira-kira 4.36 petang waktu tempatan (2136 GMT).

Anggota polis memasuki sebuah bangunan pangsapuri dan menemukan beberapa mangsa sebelum terdengar bunyi tembakan susulan.

Mereka kemudian menjejaki bunyi tembakan itu ke tingkat atas bangunan berkenaan. 

Menurut hantaran itu, tiga anggota polis cedera, dua daripadanya akibat terkena tembakan.

Stesen televisyen tempatan KARE melaporkan kejadian itu bermula sebagai insiden domestik antara suspek dan seorang daripada mangsa.

Suspek kemudian melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang tiba di lokasi sebelum berundur masuk ke sebuah apartmen, menurut laporan itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement